Thursday, December 22, 2011

Mid term break . :D




Assalamualaikum guys . Ehem-ehem , hari ni updated lagi . Hope korang tak jemu baca entry miera ya .
*Oh please*  ;p   Back to the story , tak nak buang masa , penat pun tak hilang lagi . Actually , hari ni start mid term break utk semua kampus UiTM . So siapa yg study kat uitm dah tentu la korang pun
cuti jugak kan .

Nak cerita sikit experience miera menjelang detik-detik untuk pulang ke tanah air . Eh silap , untuk pulang ke rumah je . Hihihi . First time tau naik bas dari Machang ke Kota Bharu . Gila mencabar you alls . Dari Uitm Machang naik tenggiling(van uitm) ke bandar machang . Asal erk time nak cepat mesti tenggiling takde . Kena tunggu berjam-jam . Letih tau , dah la sampai ke Machang kena tunggu jugak bas nak ke Kota Bharu . Bukan main ramai manusia kat sana . Pening oh , kalau budak kecik hilang tentu tak jumpa . ;D

Tunggu punya tunggu , akhirnya bas tiba jugak akhirnya . Apa lagi , terus cepat-cepat naik bas takut takde tempat duduk . Last-last kena berdiri jugak . Hampeh betol . Lenguh kaki kena berdiri , dah la driver bas bawak laju then brek ermergency pulak nasib baik tak tergelincir . Bahaya betul .

Lebih kurang 45 minit sampai kat Kota Bharu . Bayangkan dalam keadaan hujan renyai-renyai and miera sorang kena tunggu bas untuk ke Padang Tembak pulak . My mom ni asyik call je , risau katanya . Ye la , first time anak dia naik bas sorang-sorang balik rumah . *hairflip*

Sampai  je rumah apa lagi tukar baju terus makan . Lapar sangat sebab pagi tadi tak makan apa-apa just minum milo ais je . Dalam bas tadi perut asyik berkumandang je . Habis segala lagu bunyi . Haha

Memang experience , perghhhh la . Takkan lupa sampai-sampai bila kot . Cuti seminggu je , tak lama pun kejap je . Hmmm , duduk rumah ni apa lagi menambahkan berat badan yang sedia gemuk la ni . Harhar

Kay ah , nak rest ni penat tadi still tak hilang . Kchoww . (:






Like And Komen (:

Monday, December 19, 2011

B u s y .



Assalamualaikum you alls . Memang dah lama gila tersangatlah tak updated blog kesayangan ni . Dah bersawang dah blog ni . Haiyaaa , sapu sawang cepat-cepat kang tak pasal-pasal pulak makin bersawang . :D


Actually , semenjak dua menjak ni jadual memang pack gila . Dah tiga minggu tak balik rumah . Hujung minggu ada modul lah , perjumpaan itu ini lah , memang penat sangat-sangat . Takde masa nak rest . Tidur pun tak pernah cukup . *rolling eyes* Ni pun baru je selesai MII (Minggu Induksi Image)  untuk Fakulti Pengurusan Maklumat . Dari pagi sampai lah malam , memang pack gila ah . Tapi yg penting best .Semua geng-geng ni sporting habis , kakak & abang fasi/exco pulak memang terbaikkk ah . 
*Tangan didada mata ke atas* 


Assignment pun semakin berlambak . Dah lah nak kena submit secepat mungkin . Haiyaaaa , memang stress kot . Hmm , nak buat acano dah namanya student , assignment , test , quiz memang dah jadi lumrah right . So watlek watpeace sudah . Haha


Minggu ni mid term break akan bermula tapi seminggu je . So apa lagi balik rumah ah . Dah berminggu-minggu tak balik . I miss my house . Nak makan masakan ma , tidur atas katil kesayangan . Alolo , tak sabar rasa . Hukhuk


Kay ah , nak stop dulu . Assignment sedang menanti . Lain kali updated lagi . See ya . (:












Like And Komen (:

Friday, December 2, 2011

My Life As A Student UiTM . (:



Assalamuailaikum blogger . Lama tak update blog . Rindu tahap 5 bintang bhai . Haha .
Sorry la , busy dengan kelas . Online pun jarang-jarang . Hotspot kat sini lembab sangat . Asyik loading je . Haiyaa .

Kolej dengan bilik kuliah memang jauh gila . Kalau jalan kaki dari kolej memang berpeluh-peluh ah . Tak rela nak jalan kaki . :D Nasib baik dekat uitm Machang ada perkhidmatan Tenggiling . Kat sini diorang panggil giling . Actually giling tu van , ramai yang panggil giling sebab dia tergolek-golek atas jalan .Macam tenggiling rupanya .  Mula-mula sampai kat sini pelik jugak , asal panggil macam tu tapi baru sekarang faham . (:

Jadual kelas boleh tahan la . Tapi hari isnin paling padat sekali . Start pukul 8 pagi smapai la pukul 5 petang . Dah la pukul 5 sampai 7 petang ada KO . Ya allah , dalam banyak-banyak hari , hari isnin la paling fed up sekali . Jadual pack gila . Tak tahan .

Roomates mira memang terbaik ah . Kira bersyukur dapat roomates macam diorang . Satu kepala , memang terbaik ah . Dah la depan kolej ada cafe , memang isi perut dekat cafe hari-hari . Berat badan dah naik dah  Alahai , tak nak ah berat naik . Kena diet lepas ni . Ok , memang nak diet tapi tak boleh janji . Kbai

Minggu ni dengan minggu depan tak boleh balik . Duduk la dekat kolej sorang-sorang . Eh silap , duduk la dengan member-member . :D Next week ada modul , memang tak nak join tapi wajib join . Takde excuse ok . Puhlease la . Harhar

Kayy ah , line dekat sini slow nak **** . Sabor jela mira . Hihi . Nak buat acano dekat sini di kelilingi bukit yang agak tebal . Macam duduk dalam Gunung Tahan . Ok tipu sebenarnya . :D

Bubye you alls . 






Like And Komen (:

Thursday, November 24, 2011

I'm coming . :D



Assalamualaikum sahabat . Fuhh , akhirnya boleh jugak update blog kesayangan ni . Maklum la dah 9 hari tak jamah laptop ni . Opss , not jamah but sentuh . :D Cuti 4 hari je , ahad ni dah kena balik Machang . Kejap je cuti , tak puas nak rest kat rumah lagi . Kelas pun dah start dah . Alahai .

Semenjak jadi student balik ni busy memanjang . Orang cakap sibuk dengan study la kan . Poya tak ? HAHA
Hari tu register uitm 16.11.2011(rabu) then lepas je daftar pukul 9 pagi tu , dalam pukul 3 petang dah start MDS . Ala macam orientasi yang ada kakak & abang fasi . Start je MDS memang penat gila-gila ah . Dah la kena naik jalan berbukit . Memang penat ah , dah la tidur tak cukup , mandi pun sekali 1 hari je .
*angkat peace* Kakak & abang Pm gesa kitorang , tengking-tengking , arah bagai . Ya allah , kitorang penat ok , penat . Tahu ke tak hah ? 


MDS start 16/11/11 then habis 20/11/11 . 5 hari je pun tapi mengalahkan 10 tahun ok . Last day sebelum tamat MDS kakak & abang fasi kenakan kitorang . Memang terbaik ah . Cuak tahu tak . Pandai diorang berlakon . Anugerah Skrin 2012 tahun depan dah tentu kakak & abang Pm tercalon . Tengok ah nanti kalau tak percaya . :D

Tapi memang best la MDS tu . Confirm lepas ni dah takde dah macam tu . Lagi pun sekali je seumur hidup dapat rasai pengalaman macam tu . Sepanjang sesi MDS tu berlangsung banyak kenangan pahit manis berlaku . Memang tak rugi ah . PM cakap batch 2011/2012 paling happening sekali walaupun banyak kali kena marah dengan kakak & abang Pm . Hehe . Sorry tau . (:

Hari isnin , 21.11.2011 dah start kelas so dengan badan yang layu , mata yang teramat la sangat mengantuknya terpaksa jugak pergi . Lagi pun hari tu first time perjumpaan antara fakulti .

Ingatkan dapat roomates orang luar rupanya semua dari Kelate . Tebaik ah . Yess yess . Hihi . Wahh , memang pergh la . Dah la roomates sekepala . Takde la teringat sangat dekat rumah .

Hari ahad ni dah kena gerak machang so laptop di ketepikan buat sementara waktu lagi pun sibuk dengan kelas . Biasa la mula-mula kan semangat berkobar-kobar sikit . Tengok la sebulan dua lagi mesti skip kelas . Hahaha . Harap-harap tak ah . :p




Like And Komen (:

Tuesday, November 15, 2011

I will miss you . Swear ! ):



Assalamualaikum sahabat blogger . Sedih ni sedih . Bak mai bahu nak lap hingus . :'D

Actually , malam ni last miera tidur kat atas katil , makan kat atas meja rumah , tengok tv kesayangan , duduk atas sofa tersayang . Huwaaaa , tak nak pergi tak nak pergi . Tak ready lagi nak berdikari . Please , nak undur balik masa . Tak puas lagi duduk kat rumah , nak manja-manja dengan family . ):  tapi .....

Dekat bibir bukan main lagi cakap yess tak sabar nak pergi sana , nak study kat sana , nak rasai kehidupan alam universiti , nak jumpa kawan baru tapi hakikatnya hati memang seribu kali tak nak pergi . Kenapa kenapa kenapa ? Sedih ah cenggini . *lap air mata*

Ma abah , nanti adik ma duduk sana jangan lupakan adik ma tau . Mesti adik ma nangis malam-malam sebab rindu kat ma abah , rindu kat rumah . Memang adik ma cakap takkan nangis punya . Dulu tu memang la time form 4 masa sekolah teknik tanah merah . Malam-malam je mesti call then nangis nak suruh abah datang ambik . Last sekali , abah datang ambik jugakkan sebab tak sanggup nak tengok anak dia nangis sorang-sorang kat sana . Tapi kali ni adik ma janji walau rindu sedalam mana pun adik ma takkan buat macam tu lagi . Adik ma nak buktikan kat ma abah yang adik ma boleh berdikari jugak , sama macam kak ja . Adik ma nak banggakan ma abah . I'm promise . )':

Esok pagi bertolak ke Machang . Memang la tak jauh tapi hati ni hati ni sedih sampai tak boleh nak cakap apa . Semua orang takkan faham hati aku ni !

Dear wednesday , please be nice with me . Abang & kakak PM please jangan tengking saya nanti tau kang saya nangis baru tahu . :'D Bila saya nangis mula la saya mintak itu ini . Takot kakak & abang PM tak dapat penuhi permintaan saya makin kuat la saya nangis . Baru padan muka . Hahaha .

Bye ma abah , bye katil ku . I will miss you . Jumpa 2 minggu dari sekarang ok ! 
I micheyu plus plus . 
Like And Komen (:

Sunday, November 13, 2011

Asdfghjkl .

Tumblr Photography

Hi peeps . Watcha doing ? Omaigee , hari ni kan first day exam SPM seluruh Malaysia right ? So good luck for Spm candidates 2011 . Wish you best of luck . Chaiyok ok . (:


Actually tadi baru lepas pergi saloon . Saja nak buat rambut sikit . Boring dah dengan style rambut yang agak kuno ni . Ewah !  :D Ok , lusa dah nak gerak ke uitm Machang . Barang yang nak bawa semua dah beli and dah settle so malam ni dah boleh packing barang . Tak rasa awal ke ? Lantak ah , baik ready awal-awal kang tak pasal-pasal pulak kelam kabut nanti then ada la benda yang tertinggal . Hahaha


Sayu kot nak tinggal family . Tak nak berjauhan dengan diorang . Tak nak tak nak ! Kalau boleh nak bawak diorang sekali duduk sana and angkut sekali dengan rumah . Pun boleh . Hahaha .


Kay ah you alls , nak rest kejap ni . Tadi bangun awal so nak Zzzz kejap . Jangan marah . Hehehe .
Like And Komen (:

Friday, November 11, 2011

11/11/11



Assalamualaikum w.b.t . Entah pape je kan title kat atas tu . HAHAHA . Mentang-mentang la hari ni tarikh 111111 bersamaan hari jumaat . Lagi la bertambah kecantikkan tarikh tu . (: Ada yang nak couple pada tarikh tu la . Siap pesan dah dekat future boyfriend , kalau nak couple dengan saya tunggu tarikh 11/11/11 kalau tak nak boleh blah . *kemain ayat*  . ;D Hari ni pun mesti ramai yang melangsungkan perkahwinan , ye la tarikh tu penting . Senang nak ingat la , nombor tu unik la , haish macam-macam . Yang lahir hari ni kira untung la , nanti dekat ic dia no 111111-**-**** . Comel gitu . Jealous nyah . Harhar


Nak selit sikit dekat entry hari ni , kelmarin hangout dengan bestfriends . Ohsem , memang pergh la . Dah lama kot tak hangout dengan diorang . Masing-masing busy la katakan . So plan punya plan , kira jadi la hang out . Kitorang berlima off to KBMall , jalan-jalan sambil cucu mata . Ehem-ehem , kitorang cuci mata ok cuci mata ! HAHA . Ingatkan nak main bowling tapi tak jadi sebab ramai gila orang . Dah la kat dalam tu bau rokok . Euwww , naik loya tekak den ni ha . Sempat la jugak beli 2 helai t-shirt & blouse . Rambang mata nak pilih , banyak yang cantik-cantik . Pokoknya kalau nak pergi sana kena sedia duit dalam kuantiti yang banyak . ;p


Lepas pergi KBMall , member cakap nak pergi makan pulak . Katanya lapar , sebab tak makan lagi . Okayy , memang lapar pun , lapar sebab letih cuci mata . Fuyooo , ok tipu . (: Kitorang bagi cadangan nak makan kat mana so ramai yang nak makan cheese wedges so kitorang lunch dekat KFC . Mula-mula tu nak makan KFC dekat KBMall tapi ramai orang , meja pun penuh . Apa lagi kitorang pun gerak ke KFC Kota Bharu . Kat situ privacy sikit , baru la boleh makan dengan aman . HAHAHA . Kitorang kalau dah jumpa memang takkan duduk diam , ada je yang nak di potpetpotpet kan . Memang tak kering gusi la . Yang sorang tu  suka buat lawak , sorang tu pulak tak boleh terkejut kalau terkejut mesti dia latah . Yang saya pulak suka gelak . :D


Over roll hangout semalam memang the best ah . Lain  kali set awal-awal kita hang lagi ya . HEHE . Memang kalau ingat balik pasal semalam boleh gelak sorang-sorang . Lawak lawak . Ok , now tengah PMS . Tengah sakit ni woi , sakit sangat-sangat . Adoi , ni yang untung jadi perempuan boleh rasa period pain ,so lelaki hargai la sikit kaum wanita yang mengandung dan melahirkan zuriat awak ya . Kayy takde kena mengena . Bai


P/S : Lima hari lagi !





Like And Komen (:

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 2011 ♡












   Assalamualaikum guys . Acano raya aidiladha hari ni , best ke ? Dah tentu la best kan . Betul tak ? Betul betul betul bak kata upin ipin . Hahaha . Kayy , untuk tahun ni sambutan hari raya aidiladha miera agak meriah la dengan tahun-tahun sebelumnya tapi dah 2 tahun miera tak tengok lembu kena sembelih . Sedih ni tau . Sobsobsob *lap air mata*  . :D


  Malam tadi lepas solat isyak , datuk miera buat solat hajat + makan sikit . Solat hajat tu untuk miera sebenarnya . Untuk miera okayy . Tak mo jealous dear . Hahaha . Ye la , datuk miera buat solat hajat sebab miera kan dapat sambung study . By the way , thank you so much ayah(datuk) sebab selalu caring pasal anak-anak dan cucu dia . Selalu bagi semangat dan dorongan untuk cucu-cucu especially miera . Kayy tipu . (n_n)v 

  Okayy la guys , already sleepy . Nak stop sampai sini ya . Sebelum tu miera nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia . Semoga tahun ni lebih baik dari 
tahun-tahun yang sebelumnya . Korbankan hati dengan ikhlas untuk Allah s.w.t . xoxo


P/S : 9 hari lagi !!!!!!!!!

Like And Komen (:

#5 All About ♥




   Being happy doesn't means that everything is perfect , it means that you're deciced to look
beyond the imperfection . 




Like And Komen (:

Sunday, October 30, 2011

Medical Check Up + Letih . :D











        Assalamualaikum eberybodi . :D Kayy pagi tadi saya ke hospital sebab saya dapat emergency call from pihak hospital . Dia suruh saya ke hospital dengan kadar segera untuk buat medical check up . Haha . Saspen tak ? Saspen kan . watlek sudah *peace* . So pagi-pagi buta lagi my dad dah kejut nak pergi buat check up dekat Husm . Alahai , kena bangun pagi lagi . Nak or tak nak terpaksa jugak la kan . 


       Lebih kurang pukul 7.30 kitorang dah sampai kat Husm . Nak cari parking pulak satu hal , semua tempat penuh . Ramainya yang pergi hospital , diorang sakit apa agaknya . Tunggu punya tunggu nampak satu parking kosong so apa lagi masuk je la . HAHA . Actually , abah kerja kat Husm so benefitnya memang banyak la . Dah sampai kat kaunter daftar punya la ramai orang . Baru pukul 7.55 pagi tapi dah ramai gila . Haiyak . -,- Lepas je daftar , first sekali abah bawak g makmal radiologi untuk buat x-ray . Kebetulan kat radiologi tu takde orang so cepat la sikit lebih kurang 10 minit dah siap . (: Lepas je siap ambil film x-ray tu 2nd thing yang kena buat ialah test urine . Omaigee ! Test urine , malas malas malas . Saya buat muka seposen je time tu sampai la abah suuh ambil bekas ni pergi tandas cepat . Grrrr . Dah siap buat test urine kena jumpa dokror pulak . Ok , part ni yang saya paling cuak sekali .Masuk dalam tu pukul 9.15 pagi tapi pukul 1045 baru nama di panggil . Memang fed up ah ! Nasib baik abah jumpa doktor suruh percepatkan kalau tak terpaksa tunggu sejam dua lagi . Tak nak !!!
  


     Ok , pasal buat medical check up dah settle . Tinggal 1 benda lagi yang tak settle . Lepas je siap buat medical check up kitorang drive ke Terminal Makanan Negara (TEMAN) sebab nak ambil wang WPP . Lebih kurang pukul 12.15 miera sampai then orang dah ramai dah . Malu siot nak masuk time tu . Dah la semua tempah penuh last-last kena duduk barisan depan sekali . HAHAHA . Program tadi di rasmikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed , Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri . Tak kenal ? Google je senang . :p Tetiba je abah miera bangun , ingatkan kenapa rupanya dia bersalam dengan Datuk Seri tu . HAHA . Buat terkejut je , ingatkan apa la tadi . :D


    Argh , memang penat la tadi dari pagi sampai petang tak boleh nak rileks . Memang penat ah . Confirm malam ni tidur awal dan esok bangun lambat . Ala , macam selalu . Harhar . Kayy chow peeps . (:


Like And Komen (:

#4 All About ♥





 Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu ..
     Pasti suatu ketika kita akan bertemu ..
Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu ..
    Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku



Like And Komen (:

Wednesday, October 26, 2011

Happy Deepavali . (:



       Assalamualaikum w.b.t semua . Sihat ke ? Harap-harap sihat ok . Yang taak sihat tu jangan lupa makan ubat , kang tak pasal-pasal pulak makin teruk . (:

      Hari ni kan cuti Am so tak keluar mana-mana ke . Ye la , ziarah rumah member yang berbangsa India . Boleh makan maruku . Hahaha . Actually , dekat Kelantan ni kaum India kurang berbanding negeri lain so takde la bunyi mercun sangat . :D Tapi boleh rasa jugak la kemeriahan diorang sambut perayaan .

     Okay la , Miera nak ucapkan Happy Deepavali kepada semua yang berbangsa India dan beragama Hindu . Semoga perayaan tahun ni lebih meriah daripada tahun-tahun yang sebelumnya . Dalam kita bergembira menyambutnya jangan la kita lupa kepada orang yang kurang bernasib baik . Akhir sekali , happy diwali vanakam !


p/s : Tak nak share maruku ke ? Hahaha 


Like And Komen (:

Friday, October 21, 2011

#3 All About ♥




Cinta datang tiba-tiba,
Tanpa peduli siapa,
Dan dari mana asalnya .

Cinta tak pernah memilih,
Walau berkeping-keping pedih,
Tetap tersenyum tanpa aroma sedih.

Karna cinta yang sebenarnya,
Menerima apa adanya,
Sebab dan syarat tiada dalam undang-undang cinta. 



Like And Komen (:

#2 All About ♥




Setiap saat waktu rinduku padamu takkan hilang dari hatiku.
Terbayang kan wajahmu semanis rindu.
Saban hari aku menunggu khabar berita darimu,
Kemana kau pergi sayangku?
Aku teramat merinduimu pulang lah kepangkuanku sayangku…
Dapatkah engkau bawakan seteguk cinta.
dalam hangatnya sebuah rasa yang tak terkira.
izinkan aku selalu merindukanmu.
menjadikanmu hiasan mimpi yang menyatu.
dalam hati , dalam kehangatan raga.
dan dalam sejajarnya cinta.   




Like And Komen (:

Thursday, October 20, 2011

#1 All About ♥





Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar,
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ?
Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah cinta …
dan jika engkau tak mampu menjalaninya dengan hanya sekeping hati.
cintailah dia yang membuatmu nyaman..
dia yang membuatmu merasa senang..
dia yang selalu memberikan kebaikan..
dan dia yang selalu membawamu lebih dekat dengan Tuhan..
Itulah sesungguhnya cinta yang sejati ..                   
         


Like And Komen (:

Tuesday, October 18, 2011

1,2,3 & blablabla



     Hi peeps . Are you miss me ? Not ? Omaigee , sedey ah camnie . :D JK . Actually , sory sekarang jarang updated blog . Nak kena biasakan diri , takot lepas ni tak leh terima hakikat yang saya akan stop berblogger . Stop berblogger ? No no no , I never stop until forever ok . Sayang woo . Hihihi . Acah je , mesti lepas ni dah busy dgn study so makin jarang la updated . But I'm promise , kalau ada masa terluang je saya akan updated ok . *hairflip*

    Now , tengah menghitung hari . Lagi 28 hari saya akan bergelar mahasiswi . Of course la happy tapi dalam masa yang sama saya terfikir jugak boleh ke saya pikul tanggungjawab sebagai student di UiTM nanti . Saya takut tak boleh nak handle semua . Waaaa , takut la !  )'


   Tapi kan nasib baik la ramai jugak member yang stduy sana . Bestfriend saya pun dapat sana jugak cuma kos je lain . Tapi takpe , kitorang akan keep in touch selalu . ;D Yang paling saya risau ni pasal MDS . Ramai yang cakap time MDS memang kena tahan je la sebab memang time tuh kakak dan abang senior akan dera kitorang . Dera ? No no no , jangan ah dera . Saya tahu la saya baru lagi kat situ takkan la nak dera . Tak mo ah cam tuh . Phelish la abang-abang yang hensem kayy . :D 





Like And Komen (:

Thursday, October 13, 2011

Happy Thursday



   Holla peeps . How your life . Everything okayy ? I hope so . *wink-wink .  Hari ni hari Khamis right ? Ada apa erk dengan hari khamis ? Hohoho . Malam ni kan , hmm malam ni kan ada drama KALI KEDUA la . HEHEHE  . Saspen tak ? Tak erk ? Okayy . ;D


   Harap-harap episod kali ni Si Qaseh dah tak trauma . Kesian dia tau . (:  Korang jangan lupa tengok tau . Please tengok yerr . *melompat-lompat .  Ngee . 





Like And Komen (:

Monday, October 10, 2011

9/10/11 ツ



     Assalamualaikum , hari ni saya nak share sedikit info yang berlaku semalam . Dalam pukul 11.30 pm saya tgh online Twitter then tak tahu lah kenapa dekat TIMELINE saya ramai yang tweet pasal bulan . Ada yang suruh tengok bulan sekarang . So saya pelik la asal pulak suruh tengok bulan . Ada sorang artis ni dekat tweet dia dia cakap ada lingkaran besar (ring) dekat keliling bulan . Okayy , actually pelik sebenarnya , kenapa bulan jadi macam tuh . Then saya pun try la keluar rumah sebab nak tengok sendiri bagaimana bentuk bulan yang orang duk bagitahu . Omaigod , biar betul . Memang ada lingkaran besar tuh . Tapi tak nampak jelas sangat la . Lagipun semalam tak ada bintang langsung . Pelik jugak . 




   First time kot tengok bulan macam tuh . Lagipun tak pernah tengok gerhana bulan , gerhana matahari pun sekali je saya tengok . Dah la jarang berlaku . Harap-harap fenomena semalam petanda baik dari Nya . Amin . (';




* Try tengok betol-betol ada kalimah ALLAH dekat bulan . (9/10/11)



Like And Komen (:

Sunday, October 9, 2011

Kali Kedua . ♥



    Hi uolls , entry kali ni saya nak share drama favourite saya yang tengah hangat di tayangkan di kaca tv sekarang . Dramanya ialah KALI KEDUA . Korang tengok tak ? Tak tengok ke . Ala sedih ah camnie . Harharhar . 




    Saya tengok drama tuh sebab ada favourite actor saya sebenarnya . Hehehe . *gelak jahat . Alah , gurau je la . Dah drama KALI KEDUA best . Plot dia pun menarik tambah-tambah lagi favourite actor saya jadi main actor dalam drama tuh . That why la saya bersemangat tengok . Hehehe . Tahu tak siapa favourite actor yang saya duk canang tuh . Tak tahu erk ? Meh saya nak bagitahu . Taraa , dah tentu lah  DJ NAS-T . Korang kenal tak ? Ala , yang dalam drama 6 Progresif dia pegang watak Kecoh . Dalam drama Blogger Boy pulak dia pegang watak Kid dan cerita Kami The Movie dia jadi Abu . Drama KALI KEDUA ni dia pegang watak Redza . Kan bagus kalau dapat bf macam si Redza . So sweet kan . *kenyit mata . Gf si Redza iaitu Qaseh dalam drama KALI KEDUA ni wataknya di pegang oleh  FARALYNA IDRIS . Dia sangat-sangat omey . Saya suka saya suka . Hihihihi . Then RAMONA ZAMZAM pulak jadi perempuan gedik dalam drama KALI KEDUA . Watak yang dia bawak sangat menjadi that why terserlah kegedikan dia dalam drama tuh . Dia saja nak pisahkan Redza dengan Qaseh . Benci tauuuuuuu . *gigit bibir . Sory akak Ramona , saya teremosional pulak . :D Pelakon yang tengah meningkat naik sekarang ni si HAIRUL AZREEN pun ada jugak . Dalam drama tuh dia jadi best friend si Redza . ANNE NGASRI pulak jadi best friend 
Qaseh . NADZIM OTHMAN pun berlakon jugak dalam drama ni . Tak kenal ke ? Ala , yang jadi hero dalam drama Begitukah Cinta hari tuh . (:




    Korang yang baru nak tengok drama ni boleh la saksikan drama ni setiap hari Khamis di slot Aurora tv9 pada pukul 8.30 malam . Yang dah tengok tapi teringin nak tengok balik boleh la tengok di www.tonton.com.my  . Check it out . (:







Like And Komen (:

Saturday, October 8, 2011

What The Fish . \w/




     Sory , kalau title di atas kurang menyenangkan korang . Saya tengah geram ni . Tengah geram faham tak yang saya tengah GERAM !  


    Hi dik ayat tuh tak boleh nak lembut lagi ke . Asal biadap sangat dik oi . Jaga percakapan tuh sikit boleh tak . Jawab lah elok-elok ni bukan main kasar bahasa kau . Ingat sikit percakapan melambangkan keperibadian ! Saya bukannya nak cakap yang saya ni baik dan tak pernah cakap kasar tapi saya cakap kasar dengan orang yang tak reti nak jaga mulut . Apa salahnya jawab elok-elok bila orang tanya . Ni bukan main biadap kau dik . 


    Sory kalau kau terasa . Saya tak bermaksud nak mention sesiapa . Siapa yang makan cili dialah yang rasa pedasnya kan . Kbai 


Like And Komen (:

Friday, October 7, 2011

(:



     Hye . Buat kali yang keseterusnya malam ni saya overnight lagi . Okayy , di sebabkan dah terbiasa so mata saya tak boleh nak pejam. selagi jam tidak mencapai waktu puncak untuk saya tidur iaitu pukul 2 pagi . Hebat kan saya ? HAHAHA 

    Now , saya tengah menghitung hari untuk sambung study . Pejam celik pejam celik lebih kurang 47 hari saya akan meninggalkan family saya dan rumah kesayangan saya . Okayy , sebenarnya baru kali kedua saya akan berjauhan dengan mereka . Last hari tuh tahun 2009 , saya TERPAKSA menyambung persekolahan saya di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah . Homesick punya pasal saya dapat bertahan seminggu je . Mana taknya hari-hari saya call mak saya suruh dia datang ambil saya . Saya tak tahan duduk hostel dah macam @$^*&%# . Nasib baik family saya faham dan tak marah saya . ;D So , saya kembali ke sekolah asal . 


    Family saya selalu usik saya , dia cakap nanti kalau dah continue study jangan nak buat hal suruh pergi ambil macam hari tuh la . Kena belajar berdikari la sampai bila nak bergantung dengan family . Kan dah besar . Faham ? *saya terkelu sebentar .
  
  


Like And Komen (: