Sunday, May 25, 2014

Praise be to Allah

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah hampir sebulan lebih gitu tanam anggur kat rumah finally dah dapat kerja. Alhamdulillah, syukur. Esok dah boleh start kerja dah. thanks to my mom sebab dia yg tolong carikan. Hahaha. Tengah hari tadi dia balik then ketuk pintu bilik bukan main dengan nada gembira tanya nk kijo ke dok? Kita apa lagi la memang nak sangat kerja so bukan main happy cakap nakkkk nakkk. Then call la boss (owner tauke) tu.

Lagi pun my mom kenal dengan boss tu yang boleh kawtim cakap dengar kata ada kosong kalau boleh nak mintak kijo. Hahaha. Ni pasaipa campur slang kelate plus key el ni. Puihh. Lepas tu dia cakap hah betul la tu, kenapa nak kerja ke? Gua apa lagi terus cepat cepat kata nak. Tapi kena interview dulu ke? Boss cakap tak payah datang je teruss. Ni nak start bila then gua pun cakap esok boleh. Huhu. Nampak, bukan main semangat gitu.

So conclusionnya kat sini, jangan cepat putus asa InsyaAllah ada la tu rezeki bakal menyusul nanti. Tak di nafikan mula-mula hari tu bukan main semangat hantar resume kat semua vacancy yang nak pakai orang and  nak hire staff baru. Datang interview tapi tak dapat-dapat. Mungkin takde rezeki kat tempat tu kot.

Dekat kengkawan classmate ku yang tersayang yang belum dapat kerja nak tengah mencari kerja don't stop usaha and ikhtiar. Cari selagi boleh cari InsyaAllah nanti ada la tu peluang. Sekarang kerja sebab nak cari and timba pengalaman untuk mengisi masa kosong. Ada jugak faedah, tiap bulan income masuk daripada duduk rumah goyang kaki and ternak lemak sampai berlayer-layer. Bukan boleh jual pun. Hehehe

Harap-harap everything goes well. Semoga Allah permudahkan segala urusanku. Amin



Like And Komen (:

#13 All About ♥

At some point you will realize that you have done too much for someone,
that the only one next possible step to do is to stop.
Leave them alone.
Walk away.
It is not like you giving up, and it's not like you should not try.
It is just that have to draw the line of determination from desperation.
What is your truly yours will eventually be yours and what is not.
No matter how hard you try,
will never be--
Like And Komen (:

Thursday, April 24, 2014

Come back


 Assalamualaikum. Lama gila kot tak log in and update entry dekat blog kesayangan ni. Haish, dah terlupa ada blog. Hikhik. Ye la sibuk dengan important things kan mana nak ingat blog ni, social media lain pun tak terjamah apatah lagi blog.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz (cehhh dah macam ayat lepas akad nikah kononnya kan. Hahaha). Actually 9 April 2014 baru last paper untuk last semester. InsyaAllah, last sem and harap-harap grad on time la kan. Amin. Dah habis penat lelah 2 tahun setengah study kat UiTM Machang. Rasa cepat je masa berlalu, padahal baru je rsa baru semalam baru habis MDS (Minggu Destini Siswa). Dari part 1 until part 5 banyak sangat moments terindah, pahit, manis, tawar. Pokoknya semua ada, mix from land gitew. Hekhek

Dannnnnn yang sekian kalinya dah jadi penggangur terhormat untuk saat ini before continue my study in degree level. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan tolong doakan tau! Buat masa ni tengah survey kerja yg sesuai sambil tu boleh la rest-rest dulu. Hilangkan penat yang bertimbun dekat satu badan ni. Hehehe

InsyaAllah, more entry akan di update one by one. Banyak story mahu dikepilkan dalam blog kesayangan ni. Hehehe. :)
Dinner pre graduate at Renaissance Hotel.

 "The moment we treasure". Our tagline for our group. Yeah. I miss you guys. Forever friends okey. Hihi


Dohh, dah kenapa 1st picture tu? Kahkahkah. Not ready yet, candid la kononnya. Lalalala

With our ayahanda. Hehehe.





 
Like And Komen (: