Tuesday, November 27, 2012

:8)






3 days more to go.....








Like And Komen (:

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H




Assalamualaikum wbt for all of you. Alhamdulillah, hari ni dah 1 Muharam 1434H. Dimana pada hari ni ialah hari pertama untuk bulan Muharam bagi kalendar islam. Diam tak diam kita sudah pun berada pada tahun 1434H. Sungguh cepat masa berlalu sehinggakan kita tak sedar bahawa sekarang makin hampir dengan kematian. Ya, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan dengan itu kita haruslah bersiap sedia untuk menerima qada' dan qadar Allah.



Korang dah baca belum doa akhir tahun dan akhir tahun? Kalau dah, syukur alhamdulillah dan pada yang belum masih belum terlambat untuk kita baca doa awal tahun. Mudah-mudahan pada tahun baru islam ini kita akan jauh lebih berusaha untuk mengubah diri kita ke araah yang lebih baik. Mana benda-benda yang melalaikan kita seboleh-bolehnya kita tinggalkan. :)


Harapan Miera untuk tahun baru ini Miera akan berusaha ke arah yang lebih baik. Berubah ke arah kebaikan dengan perlahan-perlahan, InsyaAllah dengan izin Allah swt akan memberi keikhlasan kepada Miera dalam mengubah diri ini. Tak perlu tergopoh-gopoh sedangkan hati belum benar-benar ikhlas. Buatlah dengan sepenuh keikhlasan, moga-moga Allah merahmati segala hal. InsyaAllah







Like And Komen (:

Wednesday, November 7, 2012

No Title....









Assalamualaikum wbt. Ya, bertemu lagi kita untuk episod kali ini dimana terdapat gossip-gossip hot yakni isu terbaru mengenai retis-retis sekarang. Jom kita zasss! :D Ada gaya macam wartawan media hiburan tak? Ada? Yess, nanti dah boleh ganti Kak Kiah Propa la pulaks. Bhahaha. Sejak bila saya tukar profession ni saya pun tak tahu. Mohon jangan termakan tipu daya saya kawan-kawan. *wink wink*

Apesal pulaks No Title ek? Apa kejadahnya la adoi pun ter ber. Muehehehe. Sebenarnya takde kejadah apa pun yang ada hanyalah sejadah. :D Main-main ya miera. Tolong sedarkan saya please. Hiks
Actually, saja je title tu orang cakap buat gimik sikit. Suspen tak suspen tak? Tak suspen ke? Okay ah, nak mewajuk dengan korang. Konon-konon mewajuk la kan. Gediknyaa lahai. :p

Tadi tengah boring tak tahu nak buat apa mulala tangan gatal nak download lagu hindustan. Miera ni jenis kaki hindustan, tanya je semua pasal hindustan confirm boleh jawab. Ada dalam fikiran tau, semua cerita I ingat. Ganas tak you alls? Eh

Lepas 2 jam menghabiskan waktu mengdownload lagu tu, tiba-tiba..........teringat dekat lagu kat blog miera yang dah berkurun lama tak tukar. Lagu version apa pun tak tahu, dah tak up-to-dated orang cakap. Mesti selama ni readers tengok syok pulun berbakul-bakul mengutuk lagu blog miera kan? Sampai hati korang, nak mewajuk 5 minit. Hiks hiks. So dengan rakusnya miera memilih lagu-lagu yang sesuai untukdimuat turun dekat blog miera ni. Aha, dah jumpaaaaaa so apa lagi tukar yang lama dan gantikan yang baru. Bunyi macam kacang lupakan kulit.Ye la, dulu bukan main addicted gila dengan lagu lama tu tapi sekarang bukan main beria nak tukar lagu baru. Hahahaha.No more lagu Nelly - Just a dream. Dah tak berapa nak dream sangat dah. lols

Siapa yang mengikuti slot samarinda iaitu drama SaifulNita sudah pasti anda tahu bukan lagu ini? Pada yang bukan kaki drama tu mungkin majoriti daripada anda pun sudah tahu, lagu itu sedang hangat dimainkan dicorong-corong radio sekarang. Sila undi ya. Hahaha. Tajuk lagu tu Ussy ft Andhika Pratama - Kupilih hatimu. Tapi ekarang drama tu dah habis dah , akhirnya Nita dan Saiful bersama jua akhirnya dimana untuk permulaan cerita tu ayah si Nita yang suruh Saiful bertunang dengan Nita. Kira bertunang bukan atas dasar cinta tapi di arrange kan oleh family. 

Sebenarnya I ni jenis kaki movie dan drama bagai tapi tengok jugak atas movie drama dia. Kalau tak berapa nak best memang takkan tengok. Sorry to say. Demandnya I. Bhahaha. I suka tengok actress dalam satu-satu movie/drama yang berambut panjang + ala-ala curl gitew. Contohnya, Tasha Shila, Kila Fairy, Ika Nabila,Yasmin Hamid, Aida Aris, Nabila Huda and so on. (letih nak taip). So mana -mana artis yang berambut panjang semuanya I suka tau. 

Lagu tu agak sentimental vakue sikit. Ala-ala lagu romantis gitew, so mana-mana readers yang ada ada boyfriend/girlfriend confirm bila terblog walking blog miera ni dengan sepantas kilatnya mungkin lebih pantas dari kilat kot akan teringat dekat buah hati tersayang. So sweet la korang, jealous ni jealous. Hihihi.

Okay la, waktu tidak mengizinkan untukk menaip panjang sebab mata sudah layu. My selimut dan bantal bushuk sudah tarik-tarik I punya kaki tau. Itu tandanya dia tengah rindukan I. Hehehe. Good mornight everyones. xoxo







Like And Komen (:

Sunday, November 4, 2012

My first interview




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat ayahanda, ibunda, kakanda, adinda, friends, readers dan juga rakan bloggers yang ku sayangi sekalian. Tujuan saya berdiri pada hari ini kerana ketiadaan kerusi. Bhahaha. Pandai pulaks saya buat lawak kan. Ampun pak ampun.

Semangatnya saya updated belog ni, rasanya kelmarin baru updated. Wahh gitew, saja lattew kan ada story nak tempek dekat blog ni. Jahatnya saya. Lolols. "Okay-okay, stop merapu ya wahai cik miera. Ingat balik tujuan asal kenapa kau nak updated blog kau ni. Ingat ya ingat." kata hati kepada fikiran.

Korang tahu kan yang saya telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian ke peringkat PhD dekat University luar negara, ala oreng putih cakap obersea. Hahahaha. Yeayyy, happy mak noks! *rolling eyes* Ya, betul la tu, betul sangat-sangat laaaa. Tak habis-habis nak berangan. Ahaks. Tipu tu tipu, manadenya nak cont PhD sedangkan diploma pun tak habis lagi. Dush-dush

Okay, sebenarnya hari ni miera ada interview  untuk diploma nursing(spa). Tak expert pun dapat interview tu sebab dah lama dah isi SPA so ingatkan tak dapat la apa-apa interview. Tup tap tup tap, my mom call hari tu cakap yang cakap miera dapat interview. Ingatkan interview apa la kan, suspen sangat bunyinya last-last interview nurse. Tapi time tu nak kata happy tu memang happy la kan tapi bercampur baur dengan sedih, tak yakin, confius dan penuh dengan pelbagai persoalan di minda.Bak kata Najwa Latiff, "banyak persoalan yang berda di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja". Ha, macam tu la apa yang saya rasa. Sebijik macam lagu si Najwa Letih tu. Opsss

Tapi sayangnya tarikh untuk interview tu jatuh pada tarikh miera ada paper. Alamak, nak buat acano ni? So dalam hal ni my mom yang settlekan sendiri (bagus anakmu ini). Dia yang call SPA cakap tak boleh pergi interview pada tarikh tu sebab ada sedikit kengkangan. Cik tu cakap boleh je nak tukar date and venue untuk temuduga tapi kena buat rayuan la via email. Dengan sepantas kilat my mom call miera cakap kena hantar email dekat SPA so saya pun dengan sepantas kilat jugak la menghantar rayuan tersebut. Lepas 3 hari baru ada feedback yang keputusannya saya dapat tukar date and venue. Alhamdulillah, dapat jugak pergi interview. Thanks to my mom banyak tolong anakmu ini, dah macam ma pulaks yang nak pergi interview. Huehuehue *apa jenis gelak ini*

So lepas je aidiladha baru ni, miera ada buat sedikit preparation la about nursing tu. Kang tak pasal-pasal pulaks pergi interview dengan hati yang kosong, minda yang kosong dengan hanya bertemankan apa yang patut. Tak elok jugak kan? Nak elak daripada terkelu atau kaku so kena la prepare. Tahu serba sedikit pasal nursing, tugas-tugas nurse, menteri kesihatan, penyakit terkini and so on (letih nak taip)

Hari demi hari, siang berganti malam serta malam berganti siang maka hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Hanya menghitung setiap detik dan setiap saat. Time tu baru tahu bahawa masa itu sangat berharga. Lebih berharga daripada emas 24karat you alls.

 Alhamdulillah, my interview berjalan dengan lancarnya. Nasib baik penginterviewer tu tanya soalan basic je. Nasib baik nasib baik. Nak miera taip jugak ke apa yang encik dan madam tu tanya? Oh, boleh sangat la.
Soalan dia takde la susah sangat, tak sesukar macam nak buat machine gun. Bhahaha. Kira dia soal straight to the point not cliche-cliche. Kita dapat faham apa yang disoalnya. Antara soalan yang ditanya ialah berbunyi begini:

1. Perkenalkan diri anda? 
2. Diploma Pengurusan Maklumat dengan bidang Kejururawatan ni jauh berbeza. Kenapa anda berminat ke arah nurse. Nyatakan?
3. Perbezaa Jururawat terlatih dan Jururawat Masyarakat?
4. Siapa yang kebanyakannya menghidapi penyakit kanser servik dan langkah-langkah untuk mengatasi?

Ya, begitulah soalan yang diajukan ibarat  pedang yang mencucuk didada. Tapi alhamudulillah, miera dapat huraikan dengan baik dan penuh semangat. Cewahhh, masuk bakul angkat sendiri nampak. Blergh.
Sampaikan interviewer tu cakap, "Wow, bersemangatnya awak dalam bidang nurse ni. Bagus-bagus".  Kembang sebakul kejap. Biarpun tak berapa minat. Hiks hiks.

So pada sesiapa yang nak pergi interview or yang tak tahu tips-tips nak pergi interview dan nak dapatkan keyakinan silalah tanya kepada orang yang lebih pakar iaitu tanya dekat Dr.Google. Beliau sangat arif lagi bijaksana ya.*wink wink*

Sekarang hanya menunggu keputusannya sahajalah. Dapat ke tak dapat ke belakang kira. Kalau ada rezeki insyaAllah dapat lah saya memakai uniform nurse atau lebih dikenali sebagai michi. Hihihi. Tapi kalau tak dapat pun takpe mungkin rezeki saya bukan kearah bidang terjun eh silap bukan ke arah bidang perubatan. Saya masih sayang untuk meninggalkan bumi machang iaitu UiTM Machang dihatiku gitew. Takde kena mengena pun sebenarnya.







Like And Komen (:

Friday, November 2, 2012

Eiduladha 2012









Assalamualaikum gaiss and selamat  good mornight. Hehehe. First time ni Miera updated blog pepagi buta ni. Ye la, mana tidaknya semenjak cuti sem ni dah ambil alih tugas burung hantu. Mihmihmih. Siang tidur dan bila malam menjelma dia berjaga. Curlass gitew.

Sambil-sambil layan Running Man curi masa sikit updated blog kesayangan kita ni. Atototot *cium screen laptop*. Sekarang dah teraddict dengan Running Man. Ini members punya kerja la tarik-tarik Miera suruh tengok. Mula-mula tengok, no reaction. Cakap apa punya game variety show la terkejar sana terkejar sini. Tak best langsung. Tapi..............bila dah tengok 3,4 episod variety show ni Wowwwww, it's super awesome! Then dari situ Miera mula mengcopy paste dari members dari episod 1-episod112 and I'm still counting their episodes. *rolling eyes*

Okay stop bercerita pasal Running Man ni, let's start with old topic. Actually, belum terlambat lagikan nak ucap salam eiduladha untuk rakan bloggers and readers di luar sana. Ala, kan kita raya selama sebulan. Eh

Alhamdulillah, first time tahun ni Miera ambil bahagian daripada korban yang dijalankan. Aidiladha tahun ni, ayah(atuk) tumbang sekor lembu untuk anak cucu dia. Familiy Miera dapat 3 bahagian iaitu Abah, Kakak dan juga Miera. Lagi 2 bahagian untuk mak sedara and their family. 1 bahagian pulak untuk atuk&nenek, of course la dia dapat jugak kan lembu dia. Hihihi. Lastly 1 bahagian lagi untuk bagi kat orang miskin dan jiran tetangga. Kiranya first time la Miera sendiri korban untuk diri Miera. Memang happy sangat-sangat kot. Nyenyenye. Time nak akad dengan pemilik lembu(atuk) punya la berdebar sebab kita kena pegang tali lembu tu. Kot-kot la lembu tu tanduk ke apa ke kan susah.

And then lepas akad apa semua, bermula la saatnya si lembu tersebut nak kena sembelih. Huwaaa, takut nak tengok darah lembu, tak sampai hati nak tengok lembu tu kena sembelih. Seksa kot lembu tu nak mati. :(
Tapi lepas semua dah selesai aktiviti melapah daging dijalankan. Yang tu serah dekat pihak lelaki je yang buat, para perempuan berada di dapur untuk siapkan mana yang patut. Kiranya time tu ada buat makan-makan sikit.

Majlis hari tu berjalan dengan lancar selancarnya, kalah kereta Evo Zizan Razak tau. Hahahaha. Malam tu gerak balik rumah and take a rest sebab pagi esok nak pergi rumah sedara pulak. It's ceremony give many precious moment for me. Mwah Mwah

Oh, I'm forgot to tell you alls, this sunday I should attend my first interview nursing under SPA. Please, wish me luck gaiss. Please please. Hihihi. Much loves! 











Like And Komen (: