Thursday, February 12, 2015

TGNA dalam kenangan


Assalamualaikum

Hari ni dunia kita digemparkan dengan 2 pemergian iaitu Datuk Hasbullah Awang pada tengahari tadi manakala pada malam ini Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat pergi menghadap ilahi pada pukul 9.45 malam. Semoga roh mereka dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Seluruh Malaysia and umat islam di seluruh dunia berduka cita di atas pemergian murrabi TGNA. 12/2 tarikh yang sama dengan pemergian mujahid hebat iaitu Imam Hasan AlBanna. Ya Allah, meninggal pada malam jumaat tanda husnul khatimah iaitu terpelihara daripada fitnah kubur. Tak semua mendapat ganjaran sebesar ini iaitu meninggal pada malam jumaat yang mungkin semua umat islam merasakan dan menginginkan kematiannya pada malam jumaat. TGNA akan disembahyang jenazah pada hari Jumaat 13 Februari 2015 pada pukul 10 pagi di Masjid Pulau Melaka Pengkalan Chepa. 

Seluruh penduduk Kelantan dikejutkan dengan pemergian Tuan Guru Nik Aziz. Sebelum ni TGNA dimasukkan ke ICU Hospital Universiti Sains Malaysia kerana keadaannya yang kurang sihat. Dan hari ini doktor menyuruh anaknya membawa pulang TGNA ke rumah setelah kondisi TGNA agak menurun dan pada pukul 9.45 malam TGNA menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka.

Al-Fatihah




Like And Komen (:

Monday, February 2, 2015

Dan sekiannya

Benarlah kata hati pujangga ini,
Bahwa cinta tak semestinya memiliki,
Sebab Tuhan itu maha Adil,
Dia hantar orang yang kita mulai sayang,
Dia ambil orang yang kita dah sayang,
Sebab dia ingin menguji kita sebagai umatnya,
Adakah kita masih berdoa kepada-Nya,
Walaupun kita dah dapat orang yang kita inginkan,
Pertemuan dan perpisahan menjadi perkara biasa dalam diri kita,
Yang pentingnya, adakah kita masih tak putus-putus meminta pertolongan dari-Nya,
Ya betul lah orang cakap seseorang itu hanyalah ujian atau jodoh untuk kita,
Hanya dia yang benar-benar mengetahui pelusuk isi alam ini,
Terus berdoa dan berdoa,
Untuk mendapat yang terbaik,
Semestinya kita haruslah menjadi yang terbaik,
Adil bukan?




Like And Komen (: