Friday, September 11, 2015

Semester 5. #Road to final

Assalamualaikum

I'm home again after one week kat rumah sewa. Hehehe. 1st week takde kelas sangat, lecturer pun banyak attend meeting and class cancel. Punya semangat kitorang siap awal-awal nak g kelas, baru dapat info kelas cancel. Student and class cancel berpisah tiada, sape tak suka class cancel kan tapi hujung-hujung sem baru nangis sebab banyak topik tak cover lagi.

Sem ni ada 2 paper je yang ada final. Yang lain takde final so kena focus betul-betul nak kasi carry mark bagus. Sem ni jugak baru nak belajar php. Huhu. Harap-harap boleh catch up la nanti, time sem 3 dulu pun belajar C++ pun kelaut. Nasib dapat lecturer sporting yang sudi ajar kami dengan tekun sampai kami faham. Thanks DR Nasir. Ingat lagi Dr Nasir cakap, "tak dapat pakcik nak tolong". Time tu tercut semua coding dalam C++ tu. Hahaha. Lawak gak eh Dr Nasir tu

Sem ni jugak last pegang jawatan exco keusahawan dalam SISMA (Society of Information System Management). Hope everything gonna be fine till final exam. InsyaAllah.








Like And Komen (:

Friday, September 4, 2015

What puberty did to you?


Assalamualaikum

Dah solat maghrib belum? Kalau dah alhamdulillah, kalau belum solat lagi pi sembahyang cepat. Jangan lengah-lengahkan solat. Tak baik tauuuu! Ni nak citer sikit pasal what puberty did to you? So korang macam mana mesti beza kan dulu-dulu dengan sekarang. Mesti makin cantik, flawless gitu. Hehe. Iolss ni takde la napak ketara sangat dulu dan kini, kalau dulu selebet je pakai tudung nampak scarf time sekolah rendah. Haha. Sekarang makin kemas la sikit, usia pun meningkat. Dah teenager kan, Dah boleh kawin orang tua cakap. Ehh. Lagipun tengok semua member-member tadika and sekolah menengah semua dah lawa-lawa pandai mekap, pandai berhias apa semua tu. Yang dulu selekeh, pengotor, kasut kotor, tudung cemar kena sos cili makan keropok kat kantin, yang selalu  kena ejek dengan budak lelaki sebab cengeng no dah menjadi perempuan yang cantik and comel. Hehe. Ada tu sampai tak cam sebab beza gila dulu and sekarang. Ye la, sekarang banyak produk and supplement utnuk kulit, ada yang makan, telan, sapu semua. Yang gelap pun boleh putih melepak kan, tapi waspada sebab takut nanti ada side effect for long term. Nak cantik tu boleh tapi jangan keterlaluan orang cakap, ada tu sampai putih bak air susu nampak urat-urat biru. Putih sangat, Iolss tengok pun takut sebab putih tak original, nampak macam mayat hidup pun ada. Huhu


Rasanya entry lama-lama dulu ada jugak post pasal allergic. For me allergic tu dah familiar and synonym dengan Iolss sebab time baby lagi ada allergic dengan antibiotic then sekarang allergic dengan seafood and telur pulak. Korang pernah alami tak anything of food yang korang alahan? Mesti sedih kan sebab takleh makan. Sobss

Sekarang pun masih lagi fight dengan pimple. Sejak 3, 4 tahun lepas Iolss have a sensitive skin. Kalau salah makan sikit, mesti naik bintik-bintik air dekat tangan takpun jerawat dekat muka or kadang-kadang tu both kot. Down gila rasa. Huhu. Dulu masa sekolah memang muka suci bersih daripada jerawat, kalau dulu just sunburn je la sebab kulit Iolss memang sensitive dengan matahari. Takleh berjemur tengah panas sikit, mesti merah muka then sunburn. Sebab tu sekolah rendah dan menengah tak berapa aktif and suka aktiviti padang ni. Iolss aktif berpesatuan  and kelab aje. Badan beruiniform banyak ponteng. Hahaha. Malas nak kawad tengah-tengah panas. Perangainya duluuu.


Start muka naik jerawat masa tahun 2012 (punyalah aku ingat tahun tu). Time tu nak final exam (uitm), then makan la satay and kuah kacang. Sebelum okay je dengan makanan tu, my fav kot dulu satay tu. Iolss pun makan la dengan kenyang, bangung pagi esok tengok berpusu-pusu jerawat naik kat muka. Mula-mula merah and kecik-kecik je dulu. Rasa dah mesti ada something wrong ni sebab selalu tak pernah pun macam tu. Lepas habis final (alhamdulillah lega), cuti sem dalam 2 bulan nasib baik. Muka ni dah penuh jerawat siap bernanah lagi. Rasa tu rasa down gila and malu nak keluar, ye la orang semua tegiur tanya kenapa dengan muka tu.  Sampai kena pergi hospital jumpa pakar kulit sebab first time macam ni. Doktor bagi ubat cleanser so guna cleanser tu. Alhamdulillah, nanah-nanah tu hilang just tinggal jerawat je masih bertenggek. Masa tu tak tahu nak pakai produk apa untuk reduce pimple, kawan kakak suggestkan pakai produk vida beauty (sari pemutih + sari kunyit). Dengan harapan jerawat tu akan hilang, dalam masa sebulan alhamdulillah, jerawat semua dah hilang, tinggal parut sikit-sikit je. Masa tu consume lagi sari kunyit sebab dah sesuai kan.

Lepas pada peristiwa hitam tu, muka ni jadi sensitive, takleh silap makan sikit mesti cepat je jerawat ni naik, Dah 3 tahun pakai krim kunyit Vida Beauty and sampai sekarang masih guna sebab produk tu yang banyak membantu and berkesan untuk Iolss. Thank you Datuk Vida sebab provide the good product to your customers. Wiwiwiwi. So siapa yang ada skin problem tu boleh kot try produk tu mana tahu kot sesuai dengan korang.

Produk Aiken, Himalaya, Simple pun bagus jugak untuk sensitive and acne skin ni. Banyak posive feedback daripada pemakai yang cakap produk-produk tu bagus. So boleh try and dapatkan di farmasi, guardian or watson. Affordable price and very recommended!





Like And Komen (:

Tuesday, September 1, 2015

My travel list

Assalamualaikum.

Hai! Time cuti semester nak habis rajin pulak nak post new entry. Haha. Entry kali ni just nak share and publish pasal my travel list yang selama ni dok idam nak travel oversea. Hah gitu... Hihi. Dalam negara pun tak habis teroka lagi dah mengigau nak g oversea ke? Hey tak semestinya tak habis teroka dalam Malaysia kita takleh keluar daripada zon selesa kan? At leat terbuka jugak kita punya pemikiran ni. Bak kata pepatah jauh pemandangan luas perjalanan so tak salah kot buat travel list siap-siap, saving sikit-sikit for our satisfaction. Orang lain banyak dah pi travel jauh-jauh sampai ke Afrika Selatan semata-semata nak tengok kehidupan diorang dekat sana. So lepas balik ke negara asal boleh tahu perbezaan kehidupan negara kita dengan negara diorang tu. Takdelah bila orang lain tanya kita tak tahu langsung, at least kita dah experience pergi merantau negara diorang tu kan.

Perancangan ni untuk jangka masa panjang, after finish my study. Kerja dulu, kumpul duit then baru nak g travel. Sekarang ni kalau setakat nak g travel dalam negara boleh aje, sesuai dengan saving yang kita ada. Travel dengan bff, member ke kan. Bestnya!!!!!!! Tapi family still lagi no satu, insyaAllah pasang niat awal-awal nak bagi duit kat parents untuk dia menjejakkan kaki ke tanah suci. Nak support sepenuhnya macam tak mampu, diorang pun dah saving awal-awal untuk ke sana cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan.

Alright, dalam kepala ni duk pikir siap-siap  negara mana yang memang nak sangat pergi. Tengok orang lain pi travel then upload pictures diorang, Ya Allah, lagi membuak-membuak perasaan ni nak pergi, Rasa malam ni nak booking siap-siap tiket flight then esok pergi. Kikikiki, Antara tempat yang duk impikan selama ini ialah :-

1.Makkah



Ya Allah, sape la kan tak nak jejak kaki kat tempat suci ni kan. Kalau takde niat nak pergi sini ada la tu something wrong somewhere walaupun memang sesetengah orang tu takde rezeki dari segi kewangan ke kan. InsyaAllah mudah-mudahan Allah kabulkan permintaan mereka-mereka yang ikhlas nak menjejakkan kaki kat sana. Tak kisah lah nak buat ibadah haji or umrah. Even cukup dari segi duit, kesihatan fizikal tapi kalau takde seruan lagi tak boleh jugakkan. Macam Iolls ni nak sangat pergi sana, tak kisah lah buat umrah dulu ke ibadah haji dulu ke kira which one come first. Ni memang 1st place kalau saving cukup memang nak g sana. Nak rasa sendiri macam mana makkah tu. Mana tahu kot-kot pergi sana dengan suami ke kan. Ehhh. Hahaha. Ye la, orang perempuan kena lah ada mahram kalau nak pergi sana, takleh sorang-sorang.

2. Turkey (Istanbul/Cappadocia)

The next travel list is Turkey. Yeayyy. Hihi. Tak tau kenapa nak sangat pergi Turkey ni lagi-lagi dekat Istanbul dengan Cappadocia . Maybe tempat dia tu kot look special for me. Dia punya sejarah bangunan tu semua membuatkan terpegun and teringin gila nak pergi sana. Hee. Maybe terpengaruh daripada cerita Istanbul aku datang kot. Hah gituuu. Tapi seriously dia punya tradisi, budaya tu unik sangat tu teringin gila nak travel di Istanbul. Makanan dia pun menarik, yang famous tu lokum and baklava eh? Ha, diorang punya tradisi. So tiap kali perayaan memang dia hidang makanan ni la.



See, tengok gambar pun dah rasa best kan? Tu belum pergi sana lagi. Banyak tempat yang boleh lawat kat istanbul ni. Lagipun Istanbul ni most popular city in Turkey so no wonder la kalau tourist yang datang Turkey diorang akan cop Istanbul ni. Kiranya kalau pergi Turkey tak lawat Istanbul memang tak lengkap diorang punya wishlist. Lepastu, kat Istanbul ni kita boleh tengok diorang punya history pasal Hagia Sophia . Hagia Sophia ni museum sebenarnya, di bina beratus-ratus tahun dahulu. Yang uniknya bangunan dia tu pergh cantik sangat. Struktur bangunan dia memang cantik gila, kalau pergi sana sediakan kamera yang tahan battery or sekarangkan trend gopro so boleh bawak tangkap gambar banyak-banyak as a memory. Haih, kena saving sungguh-sungguh ni biar dapat pergi sana. InsyaAllah. Lagipun cost ke sana around RM 6K. So let's start saving!



Ha ini dia sejenis baklava tu. Tengok pun dah mengiurkan. Sedapnya! Kat Malaysia tak pasti ada jual ke tak. Ada kot tapi tak tahu spesific tempat tu, maybe dalam ig pun banyak yang jual tapi kena pandai survey la. Kalau teringin nak try baklava ni and ada member-member or sedara yang duduk sana or travel ke sana mintak kirim aa sikit. Hihi. Kena pandai bodek la cakap nak ole-ole dari Istanbul. Hihi. Dia ada banyak flavour. Contohnya, almond, pistacio, cashew nuts, pecan nuts, chocolate and banyak lagi. Kalau I la confirm pilih chocolate sebab Iolss kan chocolate lover tapi boleh pilih banyak choice sebab nak rasa kesedapan baklava ni. Sepanjang Iolss taip phrase ni air liur Iolss asyik nak menitik je. Kahkahkah. Gurau je




Ni pulak lokum, warna warni gituu. Sayang pulak nak makan, ni kalau ada depan mata ni confirm tenung lama-lama dulu then ambik gambar sebab bukan senang nak jumpa. Original from Istanbul. Hehe. Ya Allah, sedapnya! Kita tahan je ni bila tengok gambar lokum ni. Heee


Cappadocia pulak terkenal dengan trademark dia iaitu hot air balloon. So sape-sape yang datang Cappodocia ni memang takkan terlepas peluang naik hot air balloon sambil tengok keindahan panorama Cappadocia ni kan. Haih, sweetnya! Lagipun kat sini banyak bangunan-bangunan lama tapi masih utuh warna dan strukturnya. Terdiri daripada rumah-rumah penduduk dan jugak tempat bersejarah bagi penduduk Cappadocia tu sendiri.





Dekat Cappadocia ni, kebanyakan ada batu-batu besar gitu so sape nak buat pre wedding ke photoshoot ke memang cantik ah. Hehe. Lain daripada yang lain, nampak classic and vintage gitu. Sini terkenal dengan keunikan geografinya, cultural dan sejarahnya yang tersendiri. Antara tempat popular yang sering dikunjungi pelancong dari mana-mana pelusuk dunia antaranya ialah Goreme, Urgup, Uchisar, Avanos, Ortahisar dan Guzelyurt. InsyaAllah, nanti kalau ada kesempatan nak lawat semua tempat kat Cappadocia ni. Ehh


3. Dubai

The 3rd place is Dubai. Taraaaaa. Haih, apesal la tempat yang nak pergi ni very sentimental value gitu. Semua orang pun tahu dubai sekarang berbeza 360 darjah daripada dulu. Makin maju dah Dubai sekarang, banyak bangunan pencakar langit, yang terbaru Burj Khalifa. Menara yang tertinggi di dunia. Sampai citer Fast and The Furious 7 pun shooting kat sana. Haha. So Dubai is one of the place that I want to go.

Dubai is one of the popular city in United Arab Emirates (UAE). Besides, Dubai also become 22nd most expensive city in the world so no wonder la ramai tourist yang kaya raya perabis duit diorang dekat Dubai ni. Haha. Lagipun Dubai terkenal dengan oil and gas industry. Staff-staff Petronas pun banyak yang hijrah and bekerja dekat oil and gas kat Dubai.



The things that need to do in Dubai of course la boleh tengok Burk Khalifa yang tinggi mencakar langit tu. Lambang Dubai kot kan, semuanya ada 148 floor so matilanak kalau naik lift nak sampai 148th tu. Hehe. Lepastu duduk dekat top pandang bawah, confirm gayat takut nak turun. Kat Dubai pun ada jugak hot air balloon so kira sape yang penggemar hot air balloon tu don't worry kat sini korang pun boleh naik jugak ya. Hee. Tempat shopping pun banyak, so nak datang sini kena standby duit banyak-banyak. Kalau yang datang dengan family takpe la boleh mintak dengan diorang kalau dengan member takkan nak mintak dengan diorang pulak kan. So pandai-pandailah berjimat. Nak g Dubai ni kena ada saving banyak la sikit sebab diorang punya life style kat sana luxury sikit. Botak kepala nak boleh sampai sana. Kuikui

Actually, ada several places lagi yang teringin nak pergi tapi takkan nak list semua kan. Ni kira pengenalan baru. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat la jejak kan sana tu. Kena saving start daripada sekarang la gamaknya kan. Hehe. Now focus study dulu bagi complete and baru boleh travel jauh-jauh.






Like And Komen (:

Thursday, August 27, 2015

Ups and downs

Assalamualaikum.

*sapu sawang siket* Muahaha. Iolss dah macam chipsmore je kejap ada kejap takde, tenggelam timbul. Nasib baik still timbul lagi. Ehh

Alhamdulillah. My 4th semester went very well. Dah nak habis pun semester break. Lagi seminggu aje boleh goyang kaki kat rumah ni. How time flies so fast. Alhamdulillah jugak result untuk sem ni, semua lulus and next sem mesti harus perlu semuanya lah fight kasi lebih sikit. Usaha kena lebih daripada sem lepas. InsyaAllah. Congrats members yg dapat dean list. *baling bunga*

Hari sabtu lepas buat kenduri 40 hari untuk arwah ayah(atuk). He passed away masa 27 ramadhan hari tu sebab kanser dalam perut. Hmm, raya tahun ni lain macam tak sama macam tahun-tahun lepas. Lagi pun raya tahun ni sambut sederhana aje bcs belum cukup 7 hari atuk meninggal. I will miss you ayah. You are the great grandfather to me, who always care about me as his granddaughter yang paling mengada manja tak bertempat. I miss you! :(

 Before meninggal tu, he admit in ward. Nampak keadaan dia makin teruk, asyik muntah tapi muntah pun keluar air liur sebab takleh masuk makanan sikit je terus muntah. Nasib baik masa atuk admit ward tengah nak fight utk last paper so takde la nak kalut sangat sebab lepas last last paper boleh terus tengok atuk kat ward.

Tu lah, kita semua manusia bakal jenazah. Kita tak tahu perancangan hidup kita macam mana so kena persiapkan diri to be a good muslim. InsyaAllah. I want to change to be a better person and muslim, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Biarlah orang nak cakap apa pun nanti lama-lama nanti dia sedar jugak. Manusia bila kesusahan tak menghampiri dia, they won't notice but after the worst thing happen baru lah ingat balik apa yang dia pernah buat. Buat orang lain macam takde perasaan. Takpelah nanti dia rasa jugak macam mana. Its up and down, lumrah manusia. So jangan mendabik dada sangat. Tengok sikit orang-orang kat bawah ni. Sampai bila kita nak menongkat langit? Fikir-fikirkanlah. :)









Like And Komen (:

Monday, June 1, 2015

Pack week

Assalamualaikum and happy holiday (1 minggu aje) utnuk budak degree UiTM. Budak diploma duk senyap-senyap, korang nak bukak sem baru dah. Puas cuti? Hahaha

Lagi 2 minggu before study week. Tak tahu pulak study week sem ni berapa hari, mintak-mintak lama sikit boleh study lebih masa. Haha. Dalam masa 2 minggu ni banyak benda nak kena settle. I is stress, eyebag berbakul-bakul dah ni, dark circle apatah lagi. Hmm, tak boleh merungut nanti Allah marah. Redha and ikhlaskan ajelah sebab no pain no gain So wake up and make sure all he things run smoothly okay.

Test, presentation, assignment, user training. Semua tu dalam masa 2 week. Public speaking dah lepas dah last week. Yeayy, alhamdulillah, even nervous tu macam gunung everest kan but the result is so good. Not expect at all. Alhamdulillah

So marilah buat assignment ya Miera, jangan cakap ajooo buatnya tak. Lagi 2 minggu kita nak masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tak sabar nak, puasa, solat terawih. Tapi sem ni sempat puasa seminggu je kot kat U sebab time tu tengah final then lepas tu start cuti sem and boleh habiskan bulan ramadhan dekat rumah. Hihihi

Bye-bye

*Salam nisfu syaaban :)





Like And Komen (:

Thursday, April 16, 2015

All about "Kawan".

Assalamualaikum.

Esok dah start midsem break untuk students degree UiTM. Tapi yang paling bestnya saya dah start kelmarin lagi cuti. Hehe. Petang tu dah ada kat rumah dah. Jangan maraaaah. Al-kisahnya hari ni no class lagipun selalu hari khamis 1 kelas aje so minggu ni class ELC madam nak buat test tapi tukar from thursday morning to wednesday morning so khamis no class. Apa lagi balik la petang tu. Lagipun semalam ada exam online untuk jawatan penolong pegawai penerangan S27. Kat Machang tu mana nak dapat line internet laju, kalau nak buat search information memang kena pi cyber cafe. Kat phone? Memang berjanggut baru boleh access. Slow sangat. Huhu. Nasib baik semalam my sis yg terer math tolong ajar untuk seksyen B (menyelesaikan masalah). Memang dari sekolah lagi kurang sikit bab ilmu hisab ni that why diploma dulu ambik Information Management sebab takde subjek mengira. Haha. Tapi degree ni ada la jugak subjek yang kena kira pakai kalkulator contohnya Algorithm sem lepas. Tough jugak subjek tu tapi nasib baik lulus. Alhamdulillah

Minggu lepas dapat pergi interview untuk separa perubatan (SPA) for the fourth times. Haha. Kali ni first choice mintak Medical Assistant and second choice pilih nurse. Haha. Soalan? So far so good, interviewers lagi okay dari yang sebelum ni. Dah macam sesi borak-borak pulak. So tunggu je la result dia dapat ke tak. Actually, sayang bebenor nak tinggal degree life ni. Lagi 3 sem nak complete my degree holder. Hmm, tapi kalau rezeki ada di SPA terima je. Buat solat sunat istikharah je nanti nak dapat the best sign for my life. InsyaAllah


Haih, introductory saja 2 paragraph. HAAAA. Belum masuk isi lagi tu. Lama sangat abaikan blog macam tu la jadinya.


Okay, back to  major point. Dalam kehidupan kita dari kecil sampai dewasa mesti ada someone or somebody yang kita panggil dia kawan kan. Alhamdulillah, I have best friends who always care about me, love and protect me from bad things. Yang selalu jadi pendengar setia apabila ada masalah, yang sudi kongsi bahu bila menangis, yang selalu bagi tisu bila ada scene sedih dan sebagainya. Best friend yang ku kenal masa umur belasan tahun yang masih lagi digelar best friend till now. I'm happy with what I have now. Syukur alhamdulillah


Selain kawan karib or kawan baik adanya kawan biasa-biasa yang selalu buat kita tersenyum, guide, tolong dan sebagainya. Tapi depan bukan main baik umpama pijak semut pun tak mati. Belakang kita? Korang mesti masak benar dah kan. Hehe. Betulah orang cakap tak semua kita boleh percaya bulat-bulat. Selain dari kita ialah orang so kita tak tahu niat diorang macam mana. Zaman sekarang zaman teknologi. Semua dah pakai smartphone canggih manggih semuanya. Whatsapp, twitter, instagram, facebook hah apa lagi semua ada. Class pun ada group whatsapp, setiap subjek pun ada group whatsapp memasing. Tak kena sikit whatsapp member-member duk canang gosip sana sini. Include me. Tapi i will make sure the news have authority baru boleh duk cakap. No need la kot. Kalau tak suka someone or somebody senyap-senyap je tak payah kalut ribut cari idea nak kenakan dia.


Apa yang dapat? Dosa sudah tentu. Kalau orang lain tahu tak ke kena pulau. Hahaha(gelak jahat). So the konklusinya cuba-cuba perbetulkan diri masing-masing untuk jadi kawan yang disayangi kawan-kawan yang lain. Don't jugde book by it cover. Tapi bagi orang yang malas nak baca content dia boleh la kot adapt quote tu. Ekekeke. Tak baik macam tu. Tak semua yang kita nampak tu salah dan
tak semua yang kita dengar tu betul, Masing-masing ada cara masing-masing nak buat macam mana. Try to be a better person. Slow-slow takpe, jangan drastik sangat takut diri tak boleh nak hadap dengan cepat. Probability untuk jadi the old of you is high. Biarkan orang nak cerita pasal kita asalkan benda tu kita tak buat. Tahu kan memfitnah itu lebih berdosa dari membunuh so renung-renungkan.





Like And Komen (:

Thursday, February 12, 2015

TGNA dalam kenangan


Assalamualaikum

Hari ni dunia kita digemparkan dengan 2 pemergian iaitu Datuk Hasbullah Awang pada tengahari tadi manakala pada malam ini Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat pergi menghadap ilahi pada pukul 9.45 malam. Semoga roh mereka dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Seluruh Malaysia and umat islam di seluruh dunia berduka cita di atas pemergian murrabi TGNA. 12/2 tarikh yang sama dengan pemergian mujahid hebat iaitu Imam Hasan AlBanna. Ya Allah, meninggal pada malam jumaat tanda husnul khatimah iaitu terpelihara daripada fitnah kubur. Tak semua mendapat ganjaran sebesar ini iaitu meninggal pada malam jumaat yang mungkin semua umat islam merasakan dan menginginkan kematiannya pada malam jumaat. TGNA akan disembahyang jenazah pada hari Jumaat 13 Februari 2015 pada pukul 10 pagi di Masjid Pulau Melaka Pengkalan Chepa. 

Seluruh penduduk Kelantan dikejutkan dengan pemergian Tuan Guru Nik Aziz. Sebelum ni TGNA dimasukkan ke ICU Hospital Universiti Sains Malaysia kerana keadaannya yang kurang sihat. Dan hari ini doktor menyuruh anaknya membawa pulang TGNA ke rumah setelah kondisi TGNA agak menurun dan pada pukul 9.45 malam TGNA menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka.

Al-Fatihah




Like And Komen (: