Sunday, October 30, 2011

Medical Check Up + Letih . :D











        Assalamualaikum eberybodi . :D Kayy pagi tadi saya ke hospital sebab saya dapat emergency call from pihak hospital . Dia suruh saya ke hospital dengan kadar segera untuk buat medical check up . Haha . Saspen tak ? Saspen kan . watlek sudah *peace* . So pagi-pagi buta lagi my dad dah kejut nak pergi buat check up dekat Husm . Alahai , kena bangun pagi lagi . Nak or tak nak terpaksa jugak la kan . 


       Lebih kurang pukul 7.30 kitorang dah sampai kat Husm . Nak cari parking pulak satu hal , semua tempat penuh . Ramainya yang pergi hospital , diorang sakit apa agaknya . Tunggu punya tunggu nampak satu parking kosong so apa lagi masuk je la . HAHA . Actually , abah kerja kat Husm so benefitnya memang banyak la . Dah sampai kat kaunter daftar punya la ramai orang . Baru pukul 7.55 pagi tapi dah ramai gila . Haiyak . -,- Lepas je daftar , first sekali abah bawak g makmal radiologi untuk buat x-ray . Kebetulan kat radiologi tu takde orang so cepat la sikit lebih kurang 10 minit dah siap . (: Lepas je siap ambil film x-ray tu 2nd thing yang kena buat ialah test urine . Omaigee ! Test urine , malas malas malas . Saya buat muka seposen je time tu sampai la abah suuh ambil bekas ni pergi tandas cepat . Grrrr . Dah siap buat test urine kena jumpa dokror pulak . Ok , part ni yang saya paling cuak sekali .Masuk dalam tu pukul 9.15 pagi tapi pukul 1045 baru nama di panggil . Memang fed up ah ! Nasib baik abah jumpa doktor suruh percepatkan kalau tak terpaksa tunggu sejam dua lagi . Tak nak !!!
  


     Ok , pasal buat medical check up dah settle . Tinggal 1 benda lagi yang tak settle . Lepas je siap buat medical check up kitorang drive ke Terminal Makanan Negara (TEMAN) sebab nak ambil wang WPP . Lebih kurang pukul 12.15 miera sampai then orang dah ramai dah . Malu siot nak masuk time tu . Dah la semua tempah penuh last-last kena duduk barisan depan sekali . HAHAHA . Program tadi di rasmikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed , Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri . Tak kenal ? Google je senang . :p Tetiba je abah miera bangun , ingatkan kenapa rupanya dia bersalam dengan Datuk Seri tu . HAHA . Buat terkejut je , ingatkan apa la tadi . :D


    Argh , memang penat la tadi dari pagi sampai petang tak boleh nak rileks . Memang penat ah . Confirm malam ni tidur awal dan esok bangun lambat . Ala , macam selalu . Harhar . Kayy chow peeps . (:


Like And Komen (:

No comments:

Post a Comment