Assalamualaikum wbt for all of you. Alhamdulillah, hari ni dah 1 Muharam 1434H. Dimana pada hari ni ialah hari pertama untuk bulan Muharam bagi kalendar islam. Diam tak diam kita sudah pun berada pada tahun 1434H. Sungguh cepat masa berlalu sehinggakan kita tak sedar bahawa sekarang makin hampir dengan kematian. Ya, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan dengan itu kita haruslah bersiap sedia untuk menerima qada' dan qadar Allah.
Korang dah baca belum doa akhir tahun dan akhir tahun? Kalau dah, syukur alhamdulillah dan pada yang belum masih belum terlambat untuk kita baca doa awal tahun. Mudah-mudahan pada tahun baru islam ini kita akan jauh lebih berusaha untuk mengubah diri kita ke araah yang lebih baik. Mana benda-benda yang melalaikan kita seboleh-bolehnya kita tinggalkan. :)
Harapan Miera untuk tahun baru ini Miera akan berusaha ke arah yang lebih baik. Berubah ke arah kebaikan dengan perlahan-perlahan, InsyaAllah dengan izin Allah swt akan memberi keikhlasan kepada Miera dalam mengubah diri ini. Tak perlu tergopoh-gopoh sedangkan hati belum benar-benar ikhlas. Buatlah dengan sepenuh keikhlasan, moga-moga Allah merahmati segala hal. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment