Assalamualaikum dan salam sejahtera buat ayahanda, ibunda, kakanda, adinda, friends, readers dan juga rakan bloggers yang ku sayangi sekalian. Tujuan saya berdiri pada hari ini kerana ketiadaan kerusi. Bhahaha. Pandai pulaks saya buat lawak kan. Ampun pak ampun.
Semangatnya saya updated belog ni, rasanya kelmarin baru updated. Wahh gitew, saja lattew kan ada story nak tempek dekat blog ni. Jahatnya saya. Lolols. "Okay-okay, stop merapu ya wahai cik miera. Ingat balik tujuan asal kenapa kau nak updated blog kau ni. Ingat ya ingat." kata hati kepada fikiran.
Korang tahu kan yang saya telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian ke peringkat PhD dekat University luar negara, ala oreng putih cakap obersea. Hahahaha. Yeayyy, happy mak noks! *rolling eyes* Ya, betul la tu, betul sangat-sangat laaaa. Tak habis-habis nak berangan. Ahaks. Tipu tu tipu, manadenya nak cont PhD sedangkan diploma pun tak habis lagi. Dush-dush
Okay, sebenarnya hari ni miera ada interview untuk diploma nursing(spa). Tak expert pun dapat interview tu sebab dah lama dah isi SPA so ingatkan tak dapat la apa-apa interview. Tup tap tup tap, my mom call hari tu cakap yang cakap miera dapat interview. Ingatkan interview apa la kan, suspen sangat bunyinya last-last interview nurse. Tapi time tu nak kata happy tu memang happy la kan tapi bercampur baur dengan sedih, tak yakin, confius dan penuh dengan pelbagai persoalan di minda.Bak kata Najwa Latiff, "banyak persoalan yang berda di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja". Ha, macam tu la apa yang saya rasa. Sebijik macam lagu si Najwa Letih tu. Opsss
Tapi sayangnya tarikh untuk interview tu jatuh pada tarikh miera ada paper. Alamak, nak buat acano ni? So dalam hal ni my mom yang settlekan sendiri (bagus anakmu ini). Dia yang call SPA cakap tak boleh pergi interview pada tarikh tu sebab ada sedikit kengkangan. Cik tu cakap boleh je nak tukar date and venue untuk temuduga tapi kena buat rayuan la via email. Dengan sepantas kilat my mom call miera cakap kena hantar email dekat SPA so saya pun dengan sepantas kilat jugak la menghantar rayuan tersebut. Lepas 3 hari baru ada feedback yang keputusannya saya dapat tukar date and venue. Alhamdulillah, dapat jugak pergi interview. Thanks to my mom banyak tolong anakmu ini, dah macam ma pulaks yang nak pergi interview. Huehuehue *apa jenis gelak ini*
So lepas je aidiladha baru ni, miera ada buat sedikit preparation la about nursing tu. Kang tak pasal-pasal pulaks pergi interview dengan hati yang kosong, minda yang kosong dengan hanya bertemankan apa yang patut. Tak elok jugak kan? Nak elak daripada terkelu atau kaku so kena la prepare. Tahu serba sedikit pasal nursing, tugas-tugas nurse, menteri kesihatan, penyakit terkini and so on (letih nak taip)
Hari demi hari, siang berganti malam serta malam berganti siang maka hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Hanya menghitung setiap detik dan setiap saat. Time tu baru tahu bahawa masa itu sangat berharga. Lebih berharga daripada emas 24karat you alls.
Alhamdulillah, my interview berjalan dengan lancarnya. Nasib baik penginterviewer tu tanya soalan basic je. Nasib baik nasib baik. Nak miera taip jugak ke apa yang encik dan madam tu tanya? Oh, boleh sangat la.
Soalan dia takde la susah sangat, tak sesukar macam nak buat machine gun. Bhahaha. Kira dia soal straight to the point not cliche-cliche. Kita dapat faham apa yang disoalnya. Antara soalan yang ditanya ialah berbunyi begini:
1. Perkenalkan diri anda?
2. Diploma Pengurusan Maklumat dengan bidang Kejururawatan ni jauh berbeza. Kenapa anda berminat ke arah nurse. Nyatakan?
3. Perbezaa Jururawat terlatih dan Jururawat Masyarakat?
4. Siapa yang kebanyakannya menghidapi penyakit kanser servik dan langkah-langkah untuk mengatasi?
Ya, begitulah soalan yang diajukan ibarat pedang yang mencucuk didada. Tapi alhamudulillah, miera dapat huraikan dengan baik dan penuh semangat. Cewahhh, masuk bakul angkat sendiri nampak. Blergh.
Sampaikan interviewer tu cakap, "Wow, bersemangatnya awak dalam bidang nurse ni. Bagus-bagus". Kembang sebakul kejap. Biarpun tak berapa minat. Hiks hiks.
So pada sesiapa yang nak pergi interview or yang tak tahu tips-tips nak pergi interview dan nak dapatkan keyakinan silalah tanya kepada orang yang lebih pakar iaitu tanya dekat Dr.Google. Beliau sangat arif lagi bijaksana ya.*wink wink*
Sekarang hanya menunggu keputusannya sahajalah. Dapat ke tak dapat ke belakang kira. Kalau ada rezeki insyaAllah dapat lah saya memakai uniform nurse atau lebih dikenali sebagai michi. Hihihi. Tapi kalau tak dapat pun takpe mungkin rezeki saya bukan kearah bidang terjun eh silap bukan ke arah bidang perubatan. Saya masih sayang untuk meninggalkan bumi machang iaitu UiTM Machang dihatiku gitew. Takde kena mengena pun sebenarnya.
No comments:
Post a Comment