Pages

Tuesday, September 1, 2015

My travel list

Assalamualaikum.

Hai! Time cuti semester nak habis rajin pulak nak post new entry. Haha. Entry kali ni just nak share and publish pasal my travel list yang selama ni dok idam nak travel oversea. Hah gitu... Hihi. Dalam negara pun tak habis teroka lagi dah mengigau nak g oversea ke? Hey tak semestinya tak habis teroka dalam Malaysia kita takleh keluar daripada zon selesa kan? At leat terbuka jugak kita punya pemikiran ni. Bak kata pepatah jauh pemandangan luas perjalanan so tak salah kot buat travel list siap-siap, saving sikit-sikit for our satisfaction. Orang lain banyak dah pi travel jauh-jauh sampai ke Afrika Selatan semata-semata nak tengok kehidupan diorang dekat sana. So lepas balik ke negara asal boleh tahu perbezaan kehidupan negara kita dengan negara diorang tu. Takdelah bila orang lain tanya kita tak tahu langsung, at least kita dah experience pergi merantau negara diorang tu kan.

Perancangan ni untuk jangka masa panjang, after finish my study. Kerja dulu, kumpul duit then baru nak g travel. Sekarang ni kalau setakat nak g travel dalam negara boleh aje, sesuai dengan saving yang kita ada. Travel dengan bff, member ke kan. Bestnya!!!!!!! Tapi family still lagi no satu, insyaAllah pasang niat awal-awal nak bagi duit kat parents untuk dia menjejakkan kaki ke tanah suci. Nak support sepenuhnya macam tak mampu, diorang pun dah saving awal-awal untuk ke sana cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan.

Alright, dalam kepala ni duk pikir siap-siap  negara mana yang memang nak sangat pergi. Tengok orang lain pi travel then upload pictures diorang, Ya Allah, lagi membuak-membuak perasaan ni nak pergi, Rasa malam ni nak booking siap-siap tiket flight then esok pergi. Kikikiki, Antara tempat yang duk impikan selama ini ialah :-

1.Makkah



Ya Allah, sape la kan tak nak jejak kaki kat tempat suci ni kan. Kalau takde niat nak pergi sini ada la tu something wrong somewhere walaupun memang sesetengah orang tu takde rezeki dari segi kewangan ke kan. InsyaAllah mudah-mudahan Allah kabulkan permintaan mereka-mereka yang ikhlas nak menjejakkan kaki kat sana. Tak kisah lah nak buat ibadah haji or umrah. Even cukup dari segi duit, kesihatan fizikal tapi kalau takde seruan lagi tak boleh jugakkan. Macam Iolls ni nak sangat pergi sana, tak kisah lah buat umrah dulu ke ibadah haji dulu ke kira which one come first. Ni memang 1st place kalau saving cukup memang nak g sana. Nak rasa sendiri macam mana makkah tu. Mana tahu kot-kot pergi sana dengan suami ke kan. Ehhh. Hahaha. Ye la, orang perempuan kena lah ada mahram kalau nak pergi sana, takleh sorang-sorang.

2. Turkey (Istanbul/Cappadocia)

The next travel list is Turkey. Yeayyy. Hihi. Tak tau kenapa nak sangat pergi Turkey ni lagi-lagi dekat Istanbul dengan Cappadocia . Maybe tempat dia tu kot look special for me. Dia punya sejarah bangunan tu semua membuatkan terpegun and teringin gila nak pergi sana. Hee. Maybe terpengaruh daripada cerita Istanbul aku datang kot. Hah gituuu. Tapi seriously dia punya tradisi, budaya tu unik sangat tu teringin gila nak travel di Istanbul. Makanan dia pun menarik, yang famous tu lokum and baklava eh? Ha, diorang punya tradisi. So tiap kali perayaan memang dia hidang makanan ni la.



See, tengok gambar pun dah rasa best kan? Tu belum pergi sana lagi. Banyak tempat yang boleh lawat kat istanbul ni. Lagipun Istanbul ni most popular city in Turkey so no wonder la kalau tourist yang datang Turkey diorang akan cop Istanbul ni. Kiranya kalau pergi Turkey tak lawat Istanbul memang tak lengkap diorang punya wishlist. Lepastu, kat Istanbul ni kita boleh tengok diorang punya history pasal Hagia Sophia . Hagia Sophia ni museum sebenarnya, di bina beratus-ratus tahun dahulu. Yang uniknya bangunan dia tu pergh cantik sangat. Struktur bangunan dia memang cantik gila, kalau pergi sana sediakan kamera yang tahan battery or sekarangkan trend gopro so boleh bawak tangkap gambar banyak-banyak as a memory. Haih, kena saving sungguh-sungguh ni biar dapat pergi sana. InsyaAllah. Lagipun cost ke sana around RM 6K. So let's start saving!



Ha ini dia sejenis baklava tu. Tengok pun dah mengiurkan. Sedapnya! Kat Malaysia tak pasti ada jual ke tak. Ada kot tapi tak tahu spesific tempat tu, maybe dalam ig pun banyak yang jual tapi kena pandai survey la. Kalau teringin nak try baklava ni and ada member-member or sedara yang duduk sana or travel ke sana mintak kirim aa sikit. Hihi. Kena pandai bodek la cakap nak ole-ole dari Istanbul. Hihi. Dia ada banyak flavour. Contohnya, almond, pistacio, cashew nuts, pecan nuts, chocolate and banyak lagi. Kalau I la confirm pilih chocolate sebab Iolss kan chocolate lover tapi boleh pilih banyak choice sebab nak rasa kesedapan baklava ni. Sepanjang Iolss taip phrase ni air liur Iolss asyik nak menitik je. Kahkahkah. Gurau je




Ni pulak lokum, warna warni gituu. Sayang pulak nak makan, ni kalau ada depan mata ni confirm tenung lama-lama dulu then ambik gambar sebab bukan senang nak jumpa. Original from Istanbul. Hehe. Ya Allah, sedapnya! Kita tahan je ni bila tengok gambar lokum ni. Heee


Cappadocia pulak terkenal dengan trademark dia iaitu hot air balloon. So sape-sape yang datang Cappodocia ni memang takkan terlepas peluang naik hot air balloon sambil tengok keindahan panorama Cappadocia ni kan. Haih, sweetnya! Lagipun kat sini banyak bangunan-bangunan lama tapi masih utuh warna dan strukturnya. Terdiri daripada rumah-rumah penduduk dan jugak tempat bersejarah bagi penduduk Cappadocia tu sendiri.





Dekat Cappadocia ni, kebanyakan ada batu-batu besar gitu so sape nak buat pre wedding ke photoshoot ke memang cantik ah. Hehe. Lain daripada yang lain, nampak classic and vintage gitu. Sini terkenal dengan keunikan geografinya, cultural dan sejarahnya yang tersendiri. Antara tempat popular yang sering dikunjungi pelancong dari mana-mana pelusuk dunia antaranya ialah Goreme, Urgup, Uchisar, Avanos, Ortahisar dan Guzelyurt. InsyaAllah, nanti kalau ada kesempatan nak lawat semua tempat kat Cappadocia ni. Ehh


3. Dubai

The 3rd place is Dubai. Taraaaaa. Haih, apesal la tempat yang nak pergi ni very sentimental value gitu. Semua orang pun tahu dubai sekarang berbeza 360 darjah daripada dulu. Makin maju dah Dubai sekarang, banyak bangunan pencakar langit, yang terbaru Burj Khalifa. Menara yang tertinggi di dunia. Sampai citer Fast and The Furious 7 pun shooting kat sana. Haha. So Dubai is one of the place that I want to go.

Dubai is one of the popular city in United Arab Emirates (UAE). Besides, Dubai also become 22nd most expensive city in the world so no wonder la ramai tourist yang kaya raya perabis duit diorang dekat Dubai ni. Haha. Lagipun Dubai terkenal dengan oil and gas industry. Staff-staff Petronas pun banyak yang hijrah and bekerja dekat oil and gas kat Dubai.



The things that need to do in Dubai of course la boleh tengok Burk Khalifa yang tinggi mencakar langit tu. Lambang Dubai kot kan, semuanya ada 148 floor so matilanak kalau naik lift nak sampai 148th tu. Hehe. Lepastu duduk dekat top pandang bawah, confirm gayat takut nak turun. Kat Dubai pun ada jugak hot air balloon so kira sape yang penggemar hot air balloon tu don't worry kat sini korang pun boleh naik jugak ya. Hee. Tempat shopping pun banyak, so nak datang sini kena standby duit banyak-banyak. Kalau yang datang dengan family takpe la boleh mintak dengan diorang kalau dengan member takkan nak mintak dengan diorang pulak kan. So pandai-pandailah berjimat. Nak g Dubai ni kena ada saving banyak la sikit sebab diorang punya life style kat sana luxury sikit. Botak kepala nak boleh sampai sana. Kuikui

Actually, ada several places lagi yang teringin nak pergi tapi takkan nak list semua kan. Ni kira pengenalan baru. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat la jejak kan sana tu. Kena saving start daripada sekarang la gamaknya kan. Hehe. Now focus study dulu bagi complete and baru boleh travel jauh-jauh.






Like And Komen (:

No comments:

Post a Comment