Tuesday, October 22, 2013

Interview day & tips.

Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang telah dijanjikan maka dengan ini bahawasanya saya akan mengupdated entry seperti yang telah dinyatakan di entry sebelum ini. Dah macam angkat sumpah pulak. Hahaha. Let's serious, don't play-play okeng!


Dengan ini interview saya yang kedua kalinya telah pun selesai jam 10.00 AM pagi tadi. Alhamdulillah, so far so good even perasaan gementar, gugup, awkward tu still ada lagi tapi at last habis jugak. Pagi tadi sampai dekat Pejabat Bomba Tunjung pukul 7.35 AM. Rumah dengan tempat tu takde la jauh sangat lebih kurang 15 minit je kalau tak jem. Hihihi. Pukul 8.00 AM start peperiksaan. Lebih kurang 4 minit peperiksaan tu dijalankan tapi ada je yang keluar awal sebelum tamat masa termasuklah aku. Kikiki. Soalan pasal minat kita je sebenarnya. Jawapan sama ada YA (A) atau TIDAK (B). Soalan semua sekali ada 227 soalan. Masak kau nak bulatkan kat kertas OMR. Naik rambang mata ni takut tersalah bulat. Teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu, time peperiksaan kan. Tpi sekarang ni pun kat UiTM still pakai kertas OMR lagi. So watlek watpeace sudah.

Lepas siap semua, calon-calon kena naik tingkat 3 sebab dekat situ la akan berlakunya sesi temuduga. Yang peperiksaan khas tadi dekat dewan. Okay dewan dia besar gila sama besar dengan dewan sekolah aku dulu. Ehh

Tadaa, encik tu panggil nama rupa-rupanya kali ni dapat no 2. Ya allah, makin gementar la jawabnya sebab sebelum ni dapat yg tengah-tengah kira sempat lagi la nak tanya member-member yang baru lepas interview. Ni member pulak tanya kita. Tapi okay jugak dapat awal boleh habis awal. Bukan main lama lagi nak tunggu even dapat no 2. Kalau nombor 10,11 dan etc confirm tertidur atas sofa

And then sampai turn  Miera, lepas loceng bunyi terus ketuk pintu bagi salam dengan cakap selamat pagi sebab interviewer tu ada 2 orang. Sorang melayu sorang cina. Yang cina tu perempuan and then melayu tu lelaki. Lepas bagi fail apa semua duduk atas kerusi makan bermulalah sesi temuduga.

Soalan-soalan yang ditanya kali ini ialah :-
1.  Perkenalkan diri. (Yang ni memang basic la kan. So perkenalkanlah dari A-Z)
2. Maksud HIV & AIDS. (Maksud HIV gua lupa dia stand for what. Yang tahunya V tu for virus. Kehkehkeh)
3. Macam mana penyakit tu boleh berjangkit.
4. Penyakit yang boleh dibawa oleh nyamuk.
5. Fungsi kulit. (Yang ni gua surrender sebab tak tahu fungsi kulit apa selain drpd rangsangan dengan mengelak daripada berlakunya kecederaan. Dapat jawab 2 je.)
6. Tugas-tugas jururawat. (Please yang ni kena take noted. Wajib tahu youalls)
7. Persediaan sebelum datang interview.

Hah, untuk kali ni 7 soalan mereka tanya. Banyak woii, tapi kena jawab sebaik mungkin la. Eye contact, body movement kena ada sebab penting tu. Bab ni yang diorang peka sebab nak tahu macam mana interpersonal dan personal skill kita. So no need to gelabah-gelabah okay, rileks je.

Pada mana yang baru nak pergi interview tu harap buat persediaan dengan secukupnya sebab tak nak bagi terkelu time nak jawab soalan. Try to speak even you don't know the answer. Tu je dia nak tengok kita boleh bercakap dengan sempurna ke tak. So good luck guys! ;)

Now just waiting the result. Result spa keluar 2/12/2013. Sem 5 start 25/11 so maknanya kena masuk study dulu la. InsyaAllah, kalau ada rezeki tapi kalau takde pun takpe. Rezeki ada dimana-mana. Pray for me okayy. I need your du'ah sahabat. ;')






Like And Komen (:

No comments:

Post a Comment