Pages

Thursday, April 11, 2013

Pedih hatiku pedih




Korang....
Lepas post cerita happy-happy bagai teringat pulak pasal hal semalam. Hati ni senang berubah mengikut certain mood. Kejap happy, ketawa, gelak terbahak-bahak sebab semalam tengok ABPBH 2012 dekat you tube. So lame sebab tak tengok yang live haritu, hari isnin ada paper so takkan nak korbankan masa study semata-mata nak layan abpbh yang mana mungkin masuk dalam final exam. Jadiku pendam untuk tengok yang live. You tube kan ada apa susah, siap boleh replay tengok banyak kali. Dah ni kenapa cerita pasal abpbh sampai 1 perenggan ni. Oh lupa Saheizy Sam dapat Anugerah Bintang Paling Popular 2012. Dah 2 kali dia dapat award tu. Untung la kau Sam.

Ha, lepas gelak apa semua, ntah kenapa sedih pulak yang kurasa. Mungkin balasan terlalu excited kot. Hehehehe. Masih sempat gelak even hati tengah sedih ya Miera. Pandai kau cover. :(

Bila fikir balik adakah karma itu wujud? Atau aku sedang mengalaminya sekarang. Bak kata pepatah omputeh, "What goes around comes round". Jadi mungkin itu nasib yang aku dapat sekarang sebab perbuatan aku pada masa lalu. Lalu tu tak la sangat, dalam 3 tahun lepas je pun. Silap aku sebab minta putuskan perhubungan tanpa soal selidik. Time tu dah rasa si dia memang dah takde feeling sayang, care dan buat tak endah je. Mungkin diriku dah tak wujud untuk dirinya pada saat tu. Lalu aku putuskan sebab terfikir apa guna aku jadi kekasih dia walhal dia buat tak peduli je.

Dan....... sekarang  we're still contact each other. Memang dulu pun contact jugak tapi jarang. Time tu punya ego tinggi tak nak reply, buat-buat tak layan tapi sekarang perasaan sayang tu wujud balik. Memang dah lama pun wujud dari dulu sampai sekarang tapi sekarang sayang tu banyak sikit dari dulu. Adakah aku dikategorikan gila bayang?

Akhir-akhir ni baru dapat tahu dulu dia continue study sebab tu takde masa nak contact. What the? Tak boleh ke bagitahu dari dulu lagi. Susah sangat ke nak cakap? Jadi adakah salah aku atau dua-dua yang salah? Lately, ada la jugak buat heart to heart conversation. Kikikiki, H-t-h la sangat kan tapi serious tergamam kejap sebab my fav song yang dia pernah nyanyi dulu dia still simpan dari dulu sampai sekarang. Tu dia la yang kata bukan Iolss. And when he keep playing that song he will remember about me. Ah okay, melting kejap tapi kena bekukan balik hati, jangan mudah terpedaya. Boleh jadi itu rekaan dia je sebab nak raih simpati. Maybe

The  problem is I can see he try to hide something from me. Bila orang tanya dia kata takde, tak, mana ada tapi hakikatnya? Buat masa ni biarlah sekadar teman. Kalau ada jodoh ada la kalau takde humph nak jugak. Uhuk uhuk. Yes, I should move on, jangan terlalu meletakkan harapan setinggi gunung jerai. Kang satgi harapan musnah ibarat gunung jerai runtuh confirm sakit sampai ke tulang sumsum. Hihihi. Tapi sedih tak hilang lagi.................. *mintak tisu* :C


 
I'm fine Tsk tsk






Like And Komen (:

No comments:

Post a Comment