Assalamualaikum blogger. Entry kali ni nak updated
pasal pergi Terengganu. Hok aloh, Terengganu je pun kan bukannya Paris. Hahaha.
Lantak teman ler nak updated pasal apa pun. Tak nak baca jangan la bawak cursor
tu pergi kat entry ni. Dah pergi balik. :D
Hari jumaat baru ni, 27/04/2012 abah ajak pergi ke
Teganu. Sambil tu nak tengok kakak kat sana. Sambil tu jugak abah nak test
kereta baru beli. Ehem, baru la sangatkan. Ecely, takde la baru sangat pun. K
stop merepek pasal kereta. Jom cekidaut paraghraph yang bawah. Eh, ingat
karangan ke ni? Hahaha
Hari tu bertolak pagi, lepas abah balik kerja bagi
dia rest kejap then baru pergi. Rest abah bukan tidur tapi melayan internet.
Curlass gitew abah oi. ;p Hari tu jugak result final exam sem 1 keluar. Alahai,
kenapa la keluar hari tu, spoil mood betul lah orang nak jejalan pun tak
senang. Mula-mula tu terfikir jugak nak check terus ke tidak. Tapi bila fikir
balik kalau dapat result yang mengkuciwakan hati ni rasa macam tak best la
pulakkan. Lagipun tak sampai hati pulak nak bagitahu ma dengan abah. So
conclusionnya check lepas balik dari teganu.
Time otw tu ramai yang duk update pasal result.
Dekat recent updates bbm saya asyik ada red star
aje. Wahh, konon-kononnya kan. Hahaha. Time tu berdebar gila, member-member
semua dah check dah. Classrap cakap ada yang dapat 3.93. Oo em jie, yang dapat
tu Ridzuan. Pandainya dia, sikit lagi tu nak dapat 4flat. Ridzuan oh ridzuan
bakpo lah mu ni pandai sangat. Ce kongsi sikit ilmu tu. Hehehe. I’m proud of
him. *wink-wink*
Dah sampai kat Teganu tu apalagi, jom kita enjoy.
Hehehe. Enjoy la sangat ken. *kekening* Lepas ambik my sister kat UMT, terus
pergi rumah anak sedara ma. Kitorang tidur rumah dia. Save bajet katakan. Hehe.
Eh bukan-bukan, bukan save bajet la selalunya kalau pergi Teganu memang
kitorang akan tidur rumah dia. Ehh
Petang tu pergi jalan-jalan kejap, sambil tu kak nak
beli barang sikit. Ya allah, punya la ramai manusia kat sana. Memang ah, kan
hari jumaat kat Tenganu semua mat-mat motor bukak puak. Hehehe. Lepas beli apa
yang nak tu hantar kak balik UMT sebab malam tu dia ada group discussion.
Petang esok kitorang chow balik ke Kelantan. 2 hari
je duduk sana, tak boleh lama-lama rumah orang kan. Hahaha. Lebih kurang pukul
7.30pm sampai rumah. Malam tu try la check result. Dupdapdupdap. Jeng-jeng,
saya dapat sikit je pointer. Hmmm, sedih ni sedih. -,- Tapi alhamdulillah semua
lulus, takde paper yang kena repeat. Syukur sangat-sangat. Habis hancur musnah
berkecai untuk dapat dekan. Argh,
nak dapat dekan konon study 5 minit tidur 1 jam. Nak dapat acano tu? Hihihi.
InsyaAllah, next sem nak struggle habis-habisan. Part 1 ni tak kalut lagi. Kan
heroin tok gaduh. :D
No comments:
Post a Comment