Assalamualaikum…..
Orang cakap
cinta itu buta tapi hakikatnya manusia yang buta untuk menilai murninya cinta
tersebut. Mereka tak memahami apa makna di sebalik cinta yang lahir dari hati
dan perasaan mereka. Bagi mereka cinta hanyalah sekadar untuk mengisi ruang
hati yang kosong tanpa mengenal dengan sebaik mungkin…
Cinta juga
mudah datang dan sangat sukar untuk pergi. Ya, cinta yang terputik dari
sanubari takkan pergi dengan mudahnya bagi mereka yang tahu apa itu cinta.
Cinta datang tanpa di undang dan pergi tanpa dipinta. Sangat sukar untuk
melupakan dan melepaskan ia pergi dari hidup kita. Sangat sukar…
Tetapi
sekiranya cinta mereka tidak dijaga dan dihargai dengan tulus maka
lama-kelamaan perasaan cinta itu akan pergi dengan sendirinya secara
perlahan-lahan tanpa kita sedar. Saat kita mula menyedari yang cinta itu tidak
lagi untuknya barulah si dia sedar akan kehadiran kita. Waktu itu sudah
terlambat. Untuk menyayanginya semula sangat susah dan memerlukan masa yang
lama…
No comments:
Post a Comment