Hi uolls , bertemu kembali kita setelah sekian lama saya tidak berentry . HAHAHAHA . Saya straight to the point jela ok . Malas nak berkias-kias pulak kang ada yang menyampah . :D
Actually , entry kali nie saya nak share pasal trend budak zaman sekarang yang dah taksub sangat dengan dunia Shortform + Pelat and blablabla*Ala kepoh pulak kau Miera , lantak pi lah diorang nak bershortform ke hape . Hikhok . Tak di nafikan dulu saya pon taksub jugak dengan penulisan bershortform + ayat pelat nie . Mana tak nya zaman dah canggih takkan lahnak taip panjang-panjang , buang masa je lagipun leceh nak taip . Kalau guna shortform baru lah kreatif sikit , orang cakap jiwa seni lah katakan . HAHAHA
Tapi tuh dulu sekarang saya dah tak amalkan sangat dunia shortform*Cewahhh . Hikhok sebab kesian dekat reader , berbulu mata diorang nak baca ayat kita . Mana taknya ayat habis singkat , kalau boleh semua nak di shortform kan . Habis rosak bahasa melayu kita . (: Contoh yang paling famous sekarang ini :
*Shortform
- Hi, awk tinggl kt mna ? Dh lma sy usha wk.Awk dh ad pkwe k? Blh x sy nk num wk.Please wk . :I
# Ce tengok ce tengok . Agak-agak korang faham tak ? Kena ulang 2-4 kali baru boleh faham apa yang di maksudkan right ? Ayat tuh tak boleh kasi pendek lagi ke dik . =='
*Penggunaan konsonan 'W'
-Hyew wk. Tgh buat apew tuh? Buzy kew? Sy nk gnggu boley x? Jgn lupew follow blog sayew taw .
# Eeewwww , ayat tuh dah macam cilakat den tengok . Kena sindrom W kot that why sakan bebenor guna . Kalau boleh setiap ayat nak je korang tambah huruf W kan . Sudah-sudah la tuh pelik sangat den tengok .
*Huruf kecil besor
-AwArK DaRh MeNgAnToRk KeW? X PeW LaRh aWaRk TiToRw LaRh DuLu. NaNtY kITeW sAmBuNg cHaT oWkEyH. bEsH lArH ChAt DeNgArN aWaRk sHeBaB aWaRk SpOrTiNg SaNgAt . GoOd NiTeYz AwArK . BuByEz
# Alahai , asal teruk bebenor Kak Jemah tengok ayat adik . Suka sangat erk guna style macam tuh . Memang kalau orang guna style macam nie , terus hilang mood I nak baca tau . Ngrrrrrrrrrr . No kecil besor please . -,-
Amacam , tak teringin nak try guna style macam tuh tak ? Try la guna kalau rasa nak kena bakor dengan Usop Wilcha . HAHAHA . Bukannya apa , actually tak kisah la nak guna style macamana pun . Tuh kan hak individu . Tapi kalau dah hari-hari praktis ayat macam tuh mesti terbawa-bawa dalam exam . Tipu lah kan kalau kata tak pernah . Rasa nak kena conteng dengan pen dakwat merah ke ? So tak perlu lah nak berstyle-style bagai . Orang tak pandang pun lagi menyampah adalah . Apa salahnya kalau guna ayat penuh , tak perlu la nak ringkas sangat . Kadang-kadang dah jadi makna lain pun ada jugak tau . (:
P/S ; Hanya gurauan semata-mata . Peringatan untuk diri sendiri . Maaf andai terasa . Hikhok . :D
No comments:
Post a Comment