Sunday, May 25, 2014

Praise be to Allah

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah hampir sebulan lebih gitu tanam anggur kat rumah finally dah dapat kerja. Alhamdulillah, syukur. Esok dah boleh start kerja dah. thanks to my mom sebab dia yg tolong carikan. Hahaha. Tengah hari tadi dia balik then ketuk pintu bilik bukan main dengan nada gembira tanya nk kijo ke dok? Kita apa lagi la memang nak sangat kerja so bukan main happy cakap nakkkk nakkk. Then call la boss (owner tauke) tu.

Lagi pun my mom kenal dengan boss tu yang boleh kawtim cakap dengar kata ada kosong kalau boleh nak mintak kijo. Hahaha. Ni pasaipa campur slang kelate plus key el ni. Puihh. Lepas tu dia cakap hah betul la tu, kenapa nak kerja ke? Gua apa lagi terus cepat cepat kata nak. Tapi kena interview dulu ke? Boss cakap tak payah datang je teruss. Ni nak start bila then gua pun cakap esok boleh. Huhu. Nampak, bukan main semangat gitu.

So conclusionnya kat sini, jangan cepat putus asa InsyaAllah ada la tu rezeki bakal menyusul nanti. Tak di nafikan mula-mula hari tu bukan main semangat hantar resume kat semua vacancy yang nak pakai orang and  nak hire staff baru. Datang interview tapi tak dapat-dapat. Mungkin takde rezeki kat tempat tu kot.

Dekat kengkawan classmate ku yang tersayang yang belum dapat kerja nak tengah mencari kerja don't stop usaha and ikhtiar. Cari selagi boleh cari InsyaAllah nanti ada la tu peluang. Sekarang kerja sebab nak cari and timba pengalaman untuk mengisi masa kosong. Ada jugak faedah, tiap bulan income masuk daripada duduk rumah goyang kaki and ternak lemak sampai berlayer-layer. Bukan boleh jual pun. Hehehe

Harap-harap everything goes well. Semoga Allah permudahkan segala urusanku. Amin



Like And Komen (:

No comments:

Post a Comment