Saturday, December 11, 2010

BRACES :)


 Kali nie Miera nk share pasal braces soket . Haha. Bukan apa , suka tengok orangg pakai braces. Lain dari yang lain . Ye la, diorang punya gigi lain daripada yang lain sebab ada besi. Muahaha. Dah boleh jadi transformer. Confirm kalau tengah sembang dengan orang yang pakai braces ni kita asyik duk pandang gigi dia je kan sampai dia pun naik meluat and insecure. Nak dijadikan cerita, masa tu form 4(2009), lupa tengah bulan ke awal bulan or hujung bulan yang mula suggest dekat abah nak buat braces. Ye la, Iolss punya gigi takde la secantik korang, tersusun rapi macam jagung. Ada jugak gigi taring and tak rata. Sobss. Sambil buat muka sedih tu tanya ler dekat abah boleh ke nak buat then the answer is yes you can. Melompat keriangan gituu Iolss.

Miera buat dekat hospital gov je sebab kebetulan abah staff dekat HUSM so considered sikit. harga pun murah je dalam RM 500 gitu (waktu tu). then just potong gaji aje. Kira senang aa nak buat appointment and procedure.

First appointment dekat bahagian Ortho.Tak silap first jejak kaki kat pusat pergigian tu bulan 12 2009. 1st appointment tu just check je gigi dulu. Fuhh, dia punya nervous tu sampai bergegar kerusi. Hahaha. Dah la Iolss punya sejarah hitam pasal gigi ni. Masa tu darjah enam, dekat sekolah kan nurse gigi buat rawatan percuma so nak di jadikan cerita Iolss kena cabut 3 batang gigi tanpa bius. Nurse tu guna playar ajee, Ya Allah dia punya sakit tu sampai tendang nurse tu. Hihi. 3 orang sekali pegang sebab nak lari. Gigi yg cabut tu takl goyang or longgar pun tapi entah la Iolss pun takl tahu motif dia cabut sebab apa. So lepas pada tu Iolss dah fobia dengan doktor gigi. Sampai demam kalau doktor gigi ada buat rawatan dekat sekolah. Huhu

Back to the main topic, lepas check gigi tu nurse suruh datang balik untuk next appointment, kena simen gigi yang berlubang. Adesss, seriau dah dengar tapi nak buat macam mana no pain no gain kan. Hadap je la. Then bulan 2 2010 doc call untuk next appointment (2nd appointment). Lepas siap simen, doc cakap lepas ni kena cabut gigi susu kat depan tu. Hah? Gigi susu tak tewrcabut lagi dah besar panjang ni. Ha'ah betul tu masa form 5 Iolss still ada lagi tau gigi susu. Punya lah susah dia nak luruh sampai tokse nak tercabut. So the next appointment kena cabut gigi susu. *feeling nervous*

Lepas cabut gigi susu tu, panjang jugak aa gap untuk next appointment. Ye la buat dekat gov kena ikut waiting list. Beratus orang kot bersusun dalam waiting list so kena que panjang sebelum my time.Bulan 10, 2010 (appointment ke 4), doktor praktikal yang handle kes Miera so dia yang call follow up kes Miera. Appointment ke 4 kena buat mould. Yang ni mesti orang yang ada pengalaman buat braces tahu macam mana rasa kesedapan and kenikmatan buat mould kan? Hahaha. Iolsss sampai muntah okay depan doc tu time buat mould. Ya Allah, malu kot tapi nak buat macam mana tindakan reflek sebab once je mould tu dekat gigi terus uwerkkk. Sorry doc. Huhu

2, 3 kali jugak la baru mould tu jadi ikut bentuk gigi asal. Pergh, punya lah lama kena tahan bagi mould tu lekat dekat gigi. After that, kena x ray gigi pulak. Diorang nak tengok akar gigi yang lepas cabut gigi susu tu terbuang habis or still ada lagi dalam tu. So the long journey to wearing a braces is start now. Tunggu aje lah pakai braces. Huhuhu

Sekian



Like And Komen (:

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sy buat dekat gov hosp so rate dia dalam RM500-RM700. Kalau private paling murah RM2500. Kena pandai survey :)

      Delete