Esok dah start midsem break untuk students degree UiTM. Tapi yang paling bestnya saya dah start kelmarin lagi cuti. Hehe. Petang tu dah ada kat rumah dah. Jangan maraaaah. Al-kisahnya hari ni no class lagipun selalu hari khamis 1 kelas aje so minggu ni class ELC madam nak buat test tapi tukar from thursday morning to wednesday morning so khamis no class. Apa lagi balik la petang tu. Lagipun semalam ada exam online untuk jawatan penolong pegawai penerangan S27. Kat Machang tu mana nak dapat line internet laju, kalau nak buat search information memang kena pi cyber cafe. Kat phone? Memang berjanggut baru boleh access. Slow sangat. Huhu. Nasib baik semalam my sis yg terer math tolong ajar untuk seksyen B (menyelesaikan masalah). Memang dari sekolah lagi kurang sikit bab ilmu hisab ni that why diploma dulu ambik Information Management sebab takde subjek mengira. Haha. Tapi degree ni ada la jugak subjek yang kena kira pakai kalkulator contohnya Algorithm sem lepas. Tough jugak subjek tu tapi nasib baik lulus. Alhamdulillah
Minggu lepas dapat pergi interview untuk separa perubatan (SPA) for the fourth times. Haha. Kali ni first choice mintak Medical Assistant and second choice pilih nurse. Haha. Soalan? So far so good, interviewers lagi okay dari yang sebelum ni. Dah macam sesi borak-borak pulak. So tunggu je la result dia dapat ke tak. Actually, sayang bebenor nak tinggal degree life ni. Lagi 3 sem nak complete my degree holder. Hmm, tapi kalau rezeki ada di SPA terima je. Buat solat sunat istikharah je nanti nak dapat the best sign for my life. InsyaAllah
Haih, introductory saja 2 paragraph. HAAAA. Belum masuk isi lagi tu. Lama sangat abaikan blog macam tu la jadinya.
Okay, back to major point. Dalam kehidupan kita dari kecil sampai dewasa mesti ada someone or somebody yang kita panggil dia kawan kan. Alhamdulillah, I have best friends who always care about me, love and protect me from bad things. Yang selalu jadi pendengar setia apabila ada masalah, yang sudi kongsi bahu bila menangis, yang selalu bagi tisu bila ada scene sedih dan sebagainya. Best friend yang ku kenal masa umur belasan tahun yang masih lagi digelar best friend till now. I'm happy with what I have now. Syukur alhamdulillah
Selain kawan karib or kawan baik adanya kawan biasa-biasa yang selalu buat kita tersenyum, guide, tolong dan sebagainya. Tapi depan bukan main baik umpama pijak semut pun tak mati. Belakang kita? Korang mesti masak benar dah kan. Hehe. Betulah orang cakap tak semua kita boleh percaya bulat-bulat. Selain dari kita ialah orang so kita tak tahu niat diorang macam mana. Zaman sekarang zaman teknologi. Semua dah pakai smartphone canggih manggih semuanya. Whatsapp, twitter, instagram, facebook hah apa lagi semua ada. Class pun ada group whatsapp, setiap subjek pun ada group whatsapp memasing. Tak kena sikit whatsapp member-member duk canang gosip sana sini. Include me. Tapi i will make sure the news have authority baru boleh duk cakap. No need la kot. Kalau tak suka someone or somebody senyap-senyap je tak payah kalut ribut cari idea nak kenakan dia.
Apa yang dapat? Dosa sudah tentu. Kalau orang lain tahu tak ke kena pulau. Hahaha(gelak jahat). So the konklusinya cuba-cuba perbetulkan diri masing-masing untuk jadi kawan yang disayangi kawan-kawan yang lain. Don't jugde book by it cover. Tapi bagi orang yang malas nak baca content dia boleh la kot adapt quote tu. Ekekeke. Tak baik macam tu. Tak semua yang kita nampak tu salah dan
tak semua yang kita dengar tu betul, Masing-masing ada cara masing-masing nak buat macam mana. Try to be a better person. Slow-slow takpe, jangan drastik sangat takut diri tak boleh nak hadap dengan cepat. Probability untuk jadi the old of you is high. Biarkan orang nak cerita pasal kita asalkan benda tu kita tak buat. Tahu kan memfitnah itu lebih berdosa dari membunuh so renung-renungkan.